Bekas Isteri Kepada Shuk Sahar Sah Bertunang , Bakal Tamatkan Zaman Janda Tahun Depan.

Bekas isteri kepada pelawak dan pelak0n Shuk Sahar iaitu Rossa Sera mengesahkan dia sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang jejaka pada Sabtu lalu.

Memetik laporan , Sera, 31, berkata majlis pertunangan tersebut berlangsung secara tertutup di kediaman keluarganya di ibu kota.

Menurutnya lagi, majlis akad nikah bakal berlangsung pada tahun hadapan.

Bukan gimik. Ia memang majlis pertunangan. Insya-Allah, kalau tak ada arah melintang, saya akan berkahwin tahun depan.

Saya tak mahu kongsikan tarikh walaupun sudah ada. Namun, yang pasti ia akan berlangsung tahun depan.

Ditanya mengenai harapannya untuk ke fasa rumah tangga kali kedua ini, ibu kepada dua cahaya mata itu berharap bakal suaminya dapat menerima dia dan keluarga seadanya.

Saya harap dia dapat terima anak-anak saya dan keluarga saya. Saya baru beberapa bulan mengenalinya. Anak-anak pun okay dengannya dan dah luangkan masa bersama.

Dalam pada itu, Sera berkata bekas suaminya tidak mengetahui mengenai majlis pertunangan tersebut.

Dia (Shuk) tak tahu sebab benda ini berlaku tiba-tiba. Saya pun tak ada hubungi dia. Dia sekat WhatsApp dan Instagram saya. Kami sekat satu sama lain.

Pada Sabtu lalu, Sera mengejutkan ramai pihak selepas memuat naik video sekitar majlis pertunangannya bersama seorang jejaka berbadan sasa.

Menerusi video tersebut, Sera yang memakai persalinan berwarna merah hati dilihat sedang duduk di pelamin berdekorasi ringkas.

Menerusi video itu juga, Sera berkongsi paparan jari manisnya disarung sebentuk cincin oleh seorang wanita dipercayai berperanan sebagai ibu mentua.

Untuk info, Sera dan Shuk berkahwin pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 7, dan Nur Assyifatu Aimi, 4.

Perkahwinan mereka bagaimanapun berakhir selepas kedua-duanya bercer4i talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 22 Mac lalu.

Sumber: HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *