Bekas Isteri Hafidz Roshdi Nampak Bahagia Dengan Anak-Anak , Dipuji Bawa Anak Bercuti Ke Tokyo.
Tindakan bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri memuat naik beberapa posting memaparkan percutiannya bersama dua orang anak mencur1 tumpuan pengikut di akaun Instagram.
Menerusi perkongsian tersebut, wanita berusia 28 tahun itu kelihatan bahagia membawa cahaya matanya makan angin di sekitar bandar raya Tokyo, Jepun walaupun baru disahkan cerai dengan Hafidz.
Difahamkan, Shuhada atau mesra disapa sebagai Shu dan anak-anaknya iaitu Humairah dan Umar dipercayai tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda sejak tiga hari lalu.
Beberapa gambar yang dikongsikan kelihatan keluarga kecilnya menikmati keseronokan di Maxell Aqua Park Shinagawa yang merupakan akuarium terkenal di Tokyo kerana mempunyai persembahan ikan lumba-lumba.
Tidak ketinggalan, Shu juga berjanji untuk menyambung wayang ‘hunting’ di setiap negara yang dilawati bersama anaknya walaupun pernah berjanji bagi melakukan aktiviti tersebut bersama ‘pasangan’ sebelum ini.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi positif antaranya ada yang tumpang gembira melihat ibu tunggal itu bangkit semula meneruskan kehidupan dan turut mendoakan kebahagiaannya.
Awak lebih gembira lepas tiada suami
Pelangi selepas hujan
Ada hikmah yang baik atas apa yang berlaku
Awak layak untuk bahagia
Sumber: Ig Nurul Shuhada,omm