Begini Dirasakan Geland4ngan, Pengalaman Tidur Tepi Jalan Dan 2 Hari Tak Mandi Buat Alif Satar Insaf , Perasaan S0mbong Hilang.

Pengalaman menunaikan ibadah haji membuatkan penyanyi dan pelak0n Alif Satar berasa insaf dan kerdil apabila dapat menyel4mi perasaan se0rang geland4ngan yang tidak mempunyai apa-apa.

Alif atau Muhammad Alif Mohd Satar, 32, berkata, sepanjang menyelesaikan rvkun Islam kelima itu perasaan s0mbong dalam diri pasti lenyap selain mengajar tentang erti peng0rbanan sebenar.

“Bila saya fikir rupanya beginilah apa dirasakan oleh gel4ndangan. Tidak ada tempat mandi, lepas itu tengah malam korek tanah cari batu untuk persediaan melontar jamrah.

Alif bersyukur dengan nikmat yang diberikan kepadanya.

“Saya gerenti siapa datang buat haji, Insya Allah rasa s0mbong dan takbur itu mesti hil4ng,” katanya.

Alif berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Sabtu.

Dalam pada itu, Alif melu4hkan rasa syukur diberi nikmat tidur lena biarpun berada dalam keadaan serba kekurangan dan tidak selesa.

“Wallahi, walaupun masa ini sudah dua malam tak mandi, tak pergi ke tandas.

“Badan dah penat ditambah pula pencem4ran bunyi dan bau asap ekzos bas… berlapikkan sleeping bag beratapkan langit bintang, Allah bagi nikmat juga saya dapat tidur lena,” ujarnya.

Tambah Alif, di Tanah Suci sewaktu bermabit sehingga solat Subuh di Muzdalifah, semua jemaah haji hanya mampu tidur di tepi jalan tanpa mendapat layanan istimewa.

“Di sini tak kiralah bayar pakej ratus ribu ke, Tan Sri ke… artis yang orang sanjung ke, hatta mufti sekalipun… Semua orang tidur tepi jalan.

“Semoga semua yang baca hantaran ini diterima amalan dan ditempatkan dikalangan para salihin,” katanya.

Pada 21 Jun lalu, Alif dan isterinya iaitu Sha Dila Halid berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah haji.

Alif turut berkongsi kegembiraan kerana turut bersama-samanya menyertai rombongan perjalanan haji kali ini ialah Mufti Perlis iaitu Datuk Mohd Asri Zainul Abidin.

Sumber:mstar