Bayi Terpaksa Buang Mata Kanan , Derit4 Kanser Sejak Usia 9 Bulan . Ibu Kagum Si Comel Kuat Lalui 5 kitaran Kemoterapi

Baru umur setahun, namun bayi lelaki dari Kota Kinabalu, Sabah ini sudah berdepan ujian yang cukup berat dalam hidupnya.

Selepas didiagnos menghidap k4nser mata pada usia sembilan bulan, Fydrell Ceran akhirnya terpaksa menjalani pembed4han penting pada 7 Februari lalu.

Menurut ibunya, Frederica Marinus, 36, pembed4han itu menyebabkan Fydrell kehilangan mata kanan, namun dia tak putus harapan untuk melihat si cilik itu sembuh sepenuhnya suatu hari nanti.

“Mata sebelah kanan baru saja dibuang. Ia perlu dibuang kerana tak boleh diselamatkan lagi. Sekarang tinggal sebelah saja matanya. D0ktor cakap mata belah kiri masih boleh dirawat.

“Harap sel-sel k4nser mata kiri tu tak aktif lagi nanti. Harapnya anak saya cepat sembuh dan membesar dengan sihat seperti anak-anak yang lain,” ujar ibu kepada empat cahaya mata itu .

Menurut Frederica yang juga seorang jururawat, dia berdepan banyak cabaran memandangkan anak bongsunya itu memerlukan penjagaan khusus, berbeza dengan kanak-kanak lain.

Hingga kini Fydrell sudah menjalani lima daripada enam kitaran kemoterapi.

Namun katanya, dia bangga melihat anaknya kuat melawan penyakit meskipun terpaksa menjalani pelbagai rawatan yang cukup memeritkan.

“Salah satu cabaran sebab saya bekerja. Saya akan ambil cuti untuk jaga anak semasa dalam rawatan di hspital Lepas tu kesihatan kena jaga betul-betul. 

Tak boleh bawa keluar ke tempat ramai orang. Pemakanan anak pun kena jaga sebab tahap imun dia sangat rendah.

“So far anak saya tak banyak kerenah. Cuma dia takut jumpa orang, mungkin trauma asyik kena cucuk jarum ambil darah. Jadi dia fikir orang lain juga adalah d0ktor atau jururawat yang nak ambil darah.

Tapi dia memang anak yang kuat. Mungkin dia belum faham yang dia s4kit.

“Sekarang ni syukur dia sihat macam kanak-kanak lain, walaupun masih dalam rawatan kemoterapi. Tetapi dia aktif dan tidak kelihatan seperti sedang s4kit. Memang dia kuat melawan penyakitnya,” ujarnya.

Hingga kini Fydrell sudah menjalani lima daripada enam kitaran kemoterapi.

Frederica berkata pada awalnya sukar untuk dia menerima ujian berat itu, namun sokongan insan sekeliling banyak membantu dia untuk terus cekal berdepan hari-hari mendatang.

“Mula-mula doktor ingatkan congenital glaucoma (peny4kit yang boleh menyebabkan buta) tapi rupa-rupanya disahkan k4nser mata lepas buat imbasan Magnetic Resonance Imaging (MRI).

“Mula-mula tu tak boleh terima kenyataan, kenapa terjadi kepada anak saya? Tapi saya syukur keluarga dan kawan-kawan banyak bagi sokongan emosi,” ujarnya.

Selain sokongan insan sekeliling, Frederica turut menzahirkan rasa syukur apabila dia menerima kata-kata semangat daripada netizen selepas berkongsi perihal anaknya melalui TikT0k.

“Saya share untuk tontonan sendiri, tapi tak sangka pula boleh menjadi perhatian ramai. Terima kasih kepada mereka semua yang mendoakan anak saya.

“Ada juga yang beri macam-macam cadangan, tapi saya tak pernah terfikir untuk mengambil rawatan tradisional. Saya hanya ikut rawatan yang disarankan d0ktor.

“Buat ibu-ibu yang berdepan nasib sama, saya harap mereka ikut nasihat doktor. Jangan lengahkan rawatan dan harus kuat semangat. Kadang kita down, tapi kita harus bangkit semula,” pesannya lagi.

Sumber:Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *