Bayi menangis dilemp4ng berkali-kali, muka ditekup… Tahan segera pengasuh taska kej4m!
TIDAK berperikem4nusiaan! Itulah perkata.an yang sesuai bagi menggambarkan tindakan se0rang wanita yang tergamak mender4 seorang bayi di sebuah taska dipercayai dekat Batu Caves, Gombak, Selangor baru-baru ini.
Perbuatan wanita yang dipercayai pengasuh itu terbongkar apabila perbuatannya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di taska berkenaan.
Menerusi satu video yang dimuat naik di laman Twitter pada Jumaat, kelihatan wanita berkenaan berkali-kali menampar dan menekup muka bayi malang itu dengan kain sebelum ditinggalkan dalam keadaan menangis.
“Lagi video penderaan kanak-kanak viral. Entah berapa kali budak tu kena tampar, kena tekup. Mengapa orang macam ni bekerja dengan kanak-kanak kalau tidak ada erti sabar dalam diri?
“Kej4dian dilaporkan berlaku di sebuah taska di Batu Caves, Selangor.
“Ibu bapa budak malang ini diberitahu kononnya anak mereka mengalami lebam-lebam sebab dicederakan oleh budak-budak lain,” demikian kapsyen yang mengiringi perkongsian di laman Twitter MyNewshub.
Sehingga kini belum ada sebarang kenyataan polis dikeluarkan berhubung kes tular berkenaan.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa geram dan menggesa agar wanita berkenaan segera diberkas serta dikenakan hukuman setimpal.
“Menyirap aku tengok… mohon pelaku bang**t ni dapat dit4ngkap segera.
“Kalau rasa diri tu kurang sabar, jangan mohon kerja jaga budak.
“Rasa nak penampar perempuan tu pula… berombak-ombak dada ni. Aku geram sangat!” demikian antara komen netizen.
Sumbar; Mstar