Bayi Lelaki Mirip Tengku Hassanal , Muhammad Arshaka Popular Di Media Sosi4l”Tengku Ampuan Pahang Pun Komen Setuju”

Nurul Intan Fadzlyana Mahat, 28, tidak menyangka perkongsian video anaknya, Muhammad Arshaka Idraki di TikT0k meraih perhatian ramai.

Warga maya menyamakan wajah anaknya itu dengan Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. Muhammad Arshaka Idraki Azizi yang baru berusia lapan bulan

mula mengecap populariti di laman sosi4l dan mendapat perhatian warga maya selepas perkongsian video oleh ibunya.

Berkongsi kisah itu, Nurul Intan Fadzlyana berkata, dia dan suami, Azizi Tuah, 28, yang menetap di Merlimau, di sini, tidak pernah menyedari persamaan itu pada awalnya.

“BAGAIMANAPUN, WAKTU UMUR LIMA KE ENAM BULAN, SAYA ADA KONGSI SATU VIDEONYA DI TIKT0K DAN RAMAI TINGGALKAN KOMEN MENGATAKAN WAJAH ANAK SAYA MIRIP TENGKU HASSANAL.

“Saya memang tak perasan persamaan itu kerana yang saya nampak, wajah anak mirip bapanya.

“Jadi perasaan itu biasa saja cuma adalah sedikit teruja orang samakan dengan Tengku Hassanal,” katanya

Menurut Nurul Intan Fadzlyana, setakat ini, rata-rata komen diterima positif dengan ramai mengatakan wajah anaknya comel dan kacak.

LEBIH MEMBUATKANNYA TERHARU APABILA MENDAPAT KOMEN DARIPADA BONDA TENGKU HASSANAL IAITU TENGKU AMPUAN PAHANG, TUNKU AZIZAH AMINAH MAIMUNAH ISKANDARIAH.

“Tak jumpa pula yang negatif (komen) sebaliknya ramai puji malah

“SETAKAT ITU SAJA DAN JUJURNYA, SAYA DENGAN SUAMI BERHARAP DAPAT BERTEMU TENGKU HASSANAL, KALAU BOLEH NAK BERGAMBAR SAMA UNTUK KENANGAN CUMA BELUM ADA KESEMPATAN,” KATANYA.

Nurul Intan Fadzlyana berkata, dia berterima kasih kepada yang mendoakan anaknya walaupun tidak mengenali dengan dekat dan hanya mengikuti perkembangan di media sosi4l.

“Saya doakan semoga yang baik juga berbalik kepada mereka (yang mendoakan).

“Sebagai ibu, saya harap yang terbaik buat anak, semoga dia berjaya dunia akhir4t dan kalau boleh mahunya menjadi hafiz apabila dewasa nanti,” katanya.

Sumber: Intan Fadzlyanaa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *