Masih sedih ibu bapa pergi selang 41 hari, Norish Karman puas dapat berbakti di akhir hayat mereka

Walaupun sudah setahun berlalu, pelakon Norish Karman masih berada dalam keadaan sedih apabila mengenangkan kedua ibu bapanya sudah pergi mengh4dap Illahi.

Norish atau Nor Ashikin Karman, 50, berkata banyak kenangan yang tidak mampu dia lupakan terutamanya makanan kegemaran setiap kali mereka sekeluarga berkumpul.

Kata pelakon kelahiran Singapura ini, tidak mudah melalui fasa tersebut memandangkan arwh ibu bapanya pergi dalam tempoh yang singkat.

“Arwah bapa geng makan sate saya, mak pula geng durian! Sampai ke hari ini saya tak boleh nak telan dua makanan ini. Terlalu sedih apabila mengenangkan mereka.

“Saya nampak sahaja seperti tiada apa-apa tapi sebanarnya tak okay. Dua orang paling penting dan sentiasa menyokong saya sudah tiada di dunia ini.

“Saya ini ibu tunggal dan yatim piatu, tidak mudah menjadi seorang Norish Karman. Kehilangan ibu dan bapa dalam tempoh 41 hari tidak mudah,” katanya

Menurut Norish, dia tidak terkejut apabila arwah ibu bapanya pergi dalam tempoh singkat memandangkan kedua-dua mereka seperti sepasang kekasih walaupun sudah tua.

“Ibu mninggal pada 11 Jun 2023, kemudian saya jaga bapa selepas pemergian ibu. Terubat sedikit kerinduaan pada arwh.

“Bagaimanapun selepas 41 hari iaitu 11 Julai 2023, bapa pula meninggal dunia.

“Mereka memang love birds sejak saya kecil sampailah kedua-dua Allahyarham mninggal dunia,” ujarnya.

Dalam pada itu, Norish berkata, walaupun masih bersedih namun sebagai anak dia berasa puas dapat menjaga kedua-dua ibu bapanya di penghujung usia mereka.

Apatah lagi sebelum ini dia sibuk dengan urusan kerja selain menguruskan anak-anak namun bersyukur dapat berbakti kepada mereka.

“Tahun lalu saya meraikan hari raya dengan ibu di unit rawatan rapi (ICU) tapi saya dapat jaga dia sehingga ke akhir hayatnya.

“Saya bukan anak yang baik. Saya terlepas peluang menjaga mereka bertahun-tahun lamanya tapi saya percaya doa.

“Ibu meninggal dunia ketika bersama saya dan bapa pula menghembuskan nafas terakhir di dalam rumah saya. Kuasa doa itu luar biasa,” katanya.

Sumber:Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *