Bapa Lepaskan Burung Yang Dibela Sejak Muda Selepas Berlaku Sesuatu Ketika Wad , Tapi Ada Yang Datang Kembali Mungkin Rindu Tuan.

Setiap orang mempunyai hobi masing-masing termasuklah membela haiwan peliharaan.

Haiwan peliharaan yang sering menjadi pilihan antaranya kucing, tikus belanda dan juga burung.

Namun, melalui satu video tular di TikT0k, seorang lelaki dilihat membebaskan burung dari beberapa sangkar di kediamannya.

Bercerita lanjut kepada kepada mStar, lelaki dalam video tersebut yang senang disapa Azmi berkata dia bertindak sedemikian atas kehendak bapanya.

“Pada 31 Oktober lalu, saya dan ayah mengeluarkan semua burung di rumah kami dan melepaskan mereka untuk terbang pergi. Ini adalah permintaan ayah sendiri.

“Bela burung ni memang hobi ayah dari umur dia awal 20-an dulu. Dia bela burung tekukur dan merbuk sahaja, burung lain dia tak minat.

“Sekarang ayah umur dah 56 tahun dan dia nak ‘cuci tangan’ daripada hobi membela burung,” kata Azmi.

Berkongsikan mengapa bapanya mengambil keputusan sedemikian, Azmi berkata semuanya berlaku ketika bapanya dimasukkan ke hspital.

“Ayah saya ada sejarah kencing manis dan darah tinggi. Ada satu hari tu, ayah makan buah anggur, lepas tu dia penat dan demam. Apabila bawa pergi hospital, rupanya ayah sakit jantung.

Syukur burung tu dah bebas, dunia mereka bukan di dalam sangkar, dunia mereka luas.

“Dia ditahan di w4d selama empat hari. Waktu di hspital tu ayah beritahu dekat saya, dia tergerak hati kalau sembuh dia nak lepaskan semua burung yang dibela.

“Dan Alhamdulillah sekarang ayah dah okay, dia kembali sihat dan dia kotakan janji untuk lepaskan semua burung peliharaannya,” ujar Azmi.

Walaupun begitu, Azmi berkata burung tersebut yang sudah bebas tetap kembali ke rumahnya setelah dilepaskan.

“Banyak juga yang datang balik, mungkin mereka dah terbiasa diberi makan. Ataupun mereka rindu pada tuannya. Burung yang datang balik ni semua dah tujuh dan lapan tahun dengan ayah.

Burung yang kembali semula ke rumah Azmi selepas dibebaskan.

“Saya ada campak makanan untuk mereka juga, kesian mereka lapar mungkin mereka tak pandai cari makan lagi,” jelas Azmi.

Azmi berkata ahli keluarganya tidak akan menyambung legasi bapanya untuk membela burung.

“Ayah memang dah tak mahu bela burung, anak saya pun tak berapa minat burung, hobi dia memancing ikan haruan.

“Syukur burung tu dah bebas, dunia mereka bukan di dalam sangkar, dunia mereka luas,” kata Azmi menutup bicara.

Sumber:HM