Bapa Kepada Safawi Rasid Mninggal Dunia Pagi Jumaat , Syifa Melvin Kongsi Gambar Kenangan Bersama Mentua.

Bapa kepada pemain bola sepak kebangsaan dan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) Safawi Rasid iaitu Rasid Sulong dilaporkan mninggal dunia pada pagi Jumaat.

Safawi, 26, berkongsi berita sedih pemergian bapa tercinta itu menerusi Instastory miliknya.

“Assalamualaikum, mohon sedekahkan al-Fatihah kepada ayah saya yang telah pergi menemui Ilahi (mninggal dunia) sebentar tadi dan semoga beliau dicucuri rahmat,” katanya.

Safawi bagaimanapun tidak menyatakan punca kem4tian bapanya itu.

Sementara itu, isteri Safawi iaitu Syifa Melvin atau Nur Syifa Atirah Amirol Melvin, 29, menerusi Instastory turut memuat naik foto bersama Allahy4rham reda atas pemergian bapa mentuanya itu.

“Abah telah kembali ke negeri abadi, rehatlah abah sehingga berjumpa di syurga nanti. Al-Fatihah,” ujarnya.

Sumber:Mstar