Bapa Kepada Penyanyi Siti Nordiana Telah Mninggal Dunia Dalam Tidur.
Kuala Lumpur: Penyanyi Siti Nordiana berkongsi khabar duka bapanya, Alias Ahmad mninggal dunia pagi ini.
Memohon agar semua pihak mendoakan buat arwh bapanya, Siti Nordiana bagaimanapun tidak berkongsi butir lanjut mengenai punca pemergian bapanya.
“Assalamualaikum semua. Ayah nana yang tercinta Alias bin Ahmad baru sahaja menghembuskan nafas terakhir.
“Mohon semua sedekahkan Al Fatihah buat Allahy4rham ayah Nana,” tulis penyanyi itu menerusi Instagram Story miliknya sebentar tadi.
Perkongsian Siti Nordiana atau lebih mesra dengan sapaan Nana itu menerima ucapan takziah di atas pemergian bapanya sebentar tadi.
“Innalillahiwainnailaihirojun, Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.
“Ya Allah Ya Tuhanku..ampunilah ayahku, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kemati4nnya, lapangkanlah kuburnya.
“Jadikanlah syurga sebagai pengganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada kami sekeluarga.
“Tempatkanlah Allahy4rham ayah ku di kalangan orang-orang yang beriman,” tulisnya lagi.
Sumber:HM