Bapa Kepada Norman Hakim Mninggal Dunia Pada Usia 90 Tahun.

Bapa kepada pelakon Norman Hakim iaitu Zaidon Abdul Rahim dilaporkan mninggal dunia di kediamannya terletak di Kuantan Pahang kira-kira pukul 8.30 malam, Jumaat.

Berita sedih itu dimaklumkan sendiri oleh Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon, 47, menerusi Instagram miliknya.

Dalam perkongsiannya itu Norman bagaimanapun tidak menyatakan punca kematian lelaki berusia 90 tahun itu.

Norman dan keluarga sewaktu menziarahi bapanya yang sedang s4kit.

“Assalamualaikum. Dengan rasa dukacita dimaklumkan bahawa ayah saya Haji Zaidon Abdul Rahim telah kembali ke Rahmatullah pada Jumaat,” tulisnya.

Bersama kapsyen tersebut, Norman turut memuat naik foto hitam putih arwh bapanya.

Dalam pada itu, Norman turut memanjatkan doa memohon agar Allah SWT mengampuni dosa-dosa Allahy4rham dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Semoga Allah mengampuni dosa-dosa ayah, merahmatinya, memuliakan kemati4nnya, melapangkan kuburnya dan ditempatkan ayah dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” ujarnya.

Sejak tahun lalu, Norman sering berkongsi perkembangan kesihatan bapanya yang kurang baik.

Sumber:Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *