Banyak Kertas K0yak , Bersepah Di Tanah Suci .Lelaki Ded4h Scammer Kant0i Laksana Amanah Ramai Penama.

BADAL haji atau bed4l haji?

Ia merupakan persoalan yang disuarakan oleh se0rang jemaah haji yang sedang melaksanakan badal haji di Tanah Suci ketika ini.

Rak4man yang dibuat di Jabal Rahmah mend3dahkan kegiatan segelintir pelaksana yang did4kwa terlibat dalam pen1puan badal haji.

Menerusi perkongsian story di laman sosi4l milik jemaah itu, kelihatan banyak kertas yang tertera ‘upah badah haji’ yang mempunyai kesan k0yak bersepah di atas lantai.

Banyak kertas ‘upah badal haji’ bersepah di atas lantai.

Kebanyakan kertas yang bersepah tertera badal haji bagi penama-penama dari Asia, termasuk Malaysia.

Badal haji bermaksud ibadah haji yang diupahkan kepada sese0rang untuk dilaksanakan sebagai ganti kerana adanya hal4ngan tertentu seperti s4kit, usia tua (uzvr) atau kemat1an ke atas orang yang seharusnya mengerjakan haji.

Orang yang melaksanakan haji badal pula disyaratkan sudah melaksanakan haji untuk dirinya terlebih dahulu.

Menurut Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar), sal4h satu syarat sah badal haji adalah setiap seorang hanya boleh menerima satu upah pelaksanaan badal haji bagi setiap musim haji.

Namun, apa yang meng3jutkan apabila terdapat segelintir jemaah yang kononnya melakukan badal haji dengan menyebut beberapa penama.

“Mamat ni rasanya dah berapa kali dah, muka dia saja. Ada dua, tiga nama yang saya nampak. Dia kata ‘Saya buat badal haji untuk sekian sekian’.

“Dekat dua jam saya nampak, siap ada sampul. Dah habis tu, mereka r3nyukkan kertas dan selepas tu dia tukar pula kertas baharu,” katanya lagi.

Jemaah membuat rak4man dengan memegang kertas penama untuk upah badal haji.

Selain Malaysia, antara kertas badal haji yang dilihat sudah dik0yakkan dan dibu4ng adalah bagi penama dari Ind0nesia dan Thailand.

“Kalau anda nampak ni, antara nama-nama badal haji. Lepas dia baca je ‘Saya dah berada di Arafah sekian sekian dan saya tengah buat haji untuk ni’… dia akan k0yakkan (kertas).

“Selepas itu, katanya mereka akan ambil pula gambar dengan nama yang baharu. Satu orang tu dah berapa orang dah. Jadi, ini ke badal haji yang murah tu?” katanya.

Kat sana pun ber4ni ye buat macam ni. Tak t4kut Allah ke?

Rata-rata net1zen turut terk3jut dengan pend3dahan yang dibuat oleh jemaah berkenaan.

“Betul-betul penungg4ng agama. Jaga la kebersihan, m4lu sungguh bila mereka buat macam ni.

“Allahuakbar… kat sana pun berani ye buat macam ni. Tak t4kut Allah ke? Moga badal haji untuk arwah abah dipermudah,” komen net1zen.

Selain Malaysia, kertas penama-penama dari negara Asia lain turut kelihatan.

Terdahulu, Lembaga Tabung Haji (TH) mengingatkan umat Islam di negara ini supaya lebih berhati-hati dengan tawaran badal atau upah haji oleh agensi pelancongan mahupun individu tertentu, bagi mengel4kkan daripada menjadi mngsa pen1puan.

Peng4rah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, setiap individu dari luar Makkah perlu mendapatkan visa haji untuk melaksanakan ibadat haji yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.

Katanya, ia berbanding dengan penduduk tempatan yang hanya perlu mendapatkan permit kebenaran daripada pihak berku4sa Arab Saudi.

“Tawaran badal haji sekitar RM1,000 sehingga RM3,500 ke atas itu terlampau murah jika dibandingkan dengan harga asal permit haji yang harganya paling rendah adalah sekitar SR4,000 (RM4,800).

“Ini tidak termasuk lain-lain perbelanjaan yang perlu dit4nggung oleh penduduk tempatan Arab Saudi untuk menunaikan ibadat haji,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Syed Saleh, TH dan anak-anak syarikatnya tidak terb4bit dalam sebarang bentuk pr0mosi, penawaran mahupun penyediaan perkhidmatan badal haji.

Sumber:hm