Bakal Timang Anak Sulung April Tahun Depan Berakhir , Isteri Hamil 5 Bulan M4ut Dalam Kemalangan

Impian dan keterujaan seorang suami untuk menimang cahaya mata sulung berakhir apabila isteri yang hamil lima bulan m4ut dalam kemalangan membabitkan lori tanah dan tiga kenderaan di Jalan Kolon, Pokok Sena, Alor Setar, Kedah, hari ini.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminudin Abd Rahim berkata kejadian kira-kira 9.55 pagi itu mengakibatkan Nadzifah Abu Seman, 28, bersama bayi dalam kandungan dan ibunya, 

Romadiah Ismail, 65, yang menaiki kereta jenis Perodua Bezza mninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan, kemalangan berlaku ketika dua beranak itu dalam perjalanan ke sebuah pusat perubatan swasta di pusat bandar Alor Setar bagi menziarahi kakak Nadzifah yang dimasukkan ke wad kerana ses4k nafas.

Kereta Perodua Bezza dinaiki mereka dir3mpuh sebelum dihempap lori tanah yang terbabas. Kejadian turut melibatkan sebuah Perodua Axia dan Toyota Hilux yang mengakibatkan seorang wanita par4h dan dua lelaki cedera ringan.

Keterujaan sambut kelahiran anak berkecai

Memetik lap0ran Harian Metro, suami Nadzifah iaitu Ismail Mohamad, 28, menyatakan dia dan isteri teruja menyambut kelahiran anak sulung pada April depan.

Namun, segalanya berubah apabila isteri yang sedang hamil m4ut dalam nahas kemal4ngan bersama ibu mertuanya.

 “Kami teruja untuk menyambut kelahiran anak sulung April depan selepas isteri mengalami keguguran tahun lalu. Tapi kini semuanya berubah.

“Apapun saya reda dengan apa yang berlaku walaupun kehilangan isteri dan ibu mentua dalam nahas hari ini,” katanya.

Ismail berkata, dia sepatutnya menghantar isteri ke pusat perubatan tersebut untuk menjaga kakaknya di wad, namun isteri enggan menyus4hkannya dan mahu memandu sendiri ke sana bersama ibu menggunakan kereta milik kakaknya.

“Saya ke tempat kerja kira-kira pvkul 9 pagi dan ketika di pejabat, saya menerima satu rakaman video kemal4ngan berdurasi dua saat daripada seorang rakan. Saya nampak sebuah lori terbalik dan ada kereta berwarna biru.

“Bila nampak kereta warna biru itu (Perodua Bezza), saya terus tanya kawan apa nombor pendaftaran kereta tersebut tetapi rakan tidak tahu. 

Saya mula rasa tidak sedap hati dan terus ambil motosikal untuk ke lokasi kejadian yang hanya terletak kira-kira satu kilometer,” katanya lagi.

Tambah Ismail, semasa dalam perjalanan, dia menerima WhatsApp dari kakak ipar memaklumkan isteri dan ibu mertuanya belum sampai di wad.

“Saya terus hubungi isteri dua hingga tiga kali tetapi tidak ada jawapan sebelum teruskan perjalanan ke lokasi. Sebaik tiba, saya nampak ada dua mngsa dalam Perodua Bezza, namun hanya nampak bahagian badan.

“Pada masa itu, saya nampak kuku salah seorang mngsa seperti kuku ibu mertua saya. Tidak lama selepas itu, baru saya dapat pengesahan bahawa dua mngsa itu adalah isteri dan ibu mertua saya,” ujar Ismail.

Dirinya kaku dan hilang kata-kata apabila melihat myat dua insan kesayangan yang tersepit dikeluarkan dari kereta yang r3muk teruk akibat dirempuh lori.

Sumber: Hm