Bakal menunaikan umrah, Kak KM tersipu m4lu dipuji macam bidadari syurga
Kak KM tersipu m4lu dipuji selepas ramai yang mengatakan dia kelihatan seperti bidadari syurga selepas memuat naik video memakai hijab.
Menerusi satu hantaran di Ig, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli telah berkongsi beberapa video memaparkan dirinya yang sedang berhijab.
“Beribu direct message (DM) masuk, cakap cantiknya macam bidadari syurga la bagai. Tapi bagi Kak KM kan, apa la guna kalau kau cantik tapi tak dihargai,” katanya
Bagaimanapun Kak KM kemudian memohon agar orang ramai mendoakannya agar dia terbuka hati untuk terus mengenakan hijab di masa hadapan.
“Manalah tahu kan, betul-betul memang nak berhijab. Doakanlah Kak KM,” ujarnya.
Dalam pada itu, usahawan itu juga berkongsi dia memakai hijab pada hari berkenaan kerana dia sedang menguruskan proses untuk menjalankan ibadah umrah.
“Kak KM sebenarnya keluar bertudung ni sebab Kak KM nak pergi umrah. Insyallah bulan tujuh ni, lagi seminggu dua.
“Jadi, apa yang membuatkan Kak KM nak pergi umrah, nanti kita cerita,” kongsinya.
Menjengah ke ruangan, rata-rata wrga maya memuji kecantikan Kak KM disamping mendoakan agar usahawan itu terus istiqamah untuk terus memakai hijab.
Pada masa yang sama, ramai juga wargnet yang meninggalkan komen mendoakan agar semua urusan usahawan itu dipermudahkan.
Terdahulu, Kak KM menjadi bualan ramai selepas dia berkongsi mahu mengupah pengawal keselamatan peribadi kacak susulan rumahnya dipecah masuk dahulu namun dihalang oleh suaminya.
Menurut Kak KM, dia mahu mengupah pengawal keselamatan peribadi lelaki dan berpendapat hanya mereka yang dapat melindungi dirinya dengan baik.
Sumber: Kak KM