‘Semoga Hubungan Baik Ini Kekal Selamanya’Shuib Bawa Keluarga Beraya Ke Rumah Adik Miza

Shuib berkongsi momen ketika dia berkunjung ke rumah kanak-kanak bernama Miza yang sebelum ini kisahnya tular apabila wajah dikatakan mirip dengan isterinya, penyanyi Allahyarham Siti Sarah

Beraya rumah adik Miza
Menerusi hantaran di Instagram, Shuib berkongsi foto bersama kanak-kanak tersebut ketika dia dan keluarganya pergi beraya ke rumah Miza yang terletak di Kedah, pada 3 Syawal lalu.

Dalam hantaran itu, Shuib bersama isteri, Watie Hanifiah dan Miza menggayakan baju berona sama iaitu hijau muda.

Sementara itu, ibu tiri kepada arwah, Siti Fatimah Suberi atau Makder berkata suaminya, Raisuddin Hamzah meluahkan rasa gembira apabila dapat berjumpa sekali lagi dengan kanak-kanak tersebut.

Pertemuan itu sekali gus dapat mengubat rasa rindu terhadap arwah.

Dari sebelum raya atok (Raisuddin) tanya bile boleh jumpa adik Miza. Saya bagitahu kita akan jumpa raya.

Nak pergi ziarah selalu jauh sangat. 6 jam perjalanan nak ke rumah adik Miza. Kalu dekat boleh selalu datang. Dan untuk raya kali ini kami dapat berjumpa.

Dalam pada itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas mendoakan hubungan baik yang terjalin itu kekal selamannya antara keluarga Shuib dan Miza.

Sumber: Instagram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *