Bagus Anak-Anak Rahmad Mega , Semuanya Pandai Belajar , Syukur Tak Terjebak Dengan Dunia Media Sosi4l.



Penyanyi Rahmad Mega bersyukur dikurniakan anak-anak yang tidak terded4h dengan dunia media sosi4l tetapi lebih mementingkan soal pelajaran.

Kata Rahmad, 54, setakat ini anak-anaknya masih tidak berminat dengan persekitaran media sosi4l termasuklah dunia hiburan.

“Dunia anak-anak lebih ke arah dunia pendidikan bukan terlibat dalam aktiviti macam bapa mereka (penyanyi).

“Minat mereka berlainan… kadang-kadang mereka minat menyanyi tapi tak tonjolkan minat tersebut tapi lebih cenderung ke arah pelajaran.

“Saya bersyukur anak-anak dapat membentuk karakter peribadi yang baik dan tidak terjerumus atau terjebak dengan dunia media sosi4l hari ini yang sangat terd3dah.

“Alhamdulillah masih lagi boleh membendung anak-anak saya dengan baik,” katanya .

Dalam perkembangan lain Rahmad akan beraksi bersama Datuk Nash, Bandi Amuk, Aris Ariwatan, Joey BPR, Yantzen, Jatt Ali dan Muss dalam konsert Semangat Zaman yang bakal berlangsung pada 29 September di Zepp, Kuala Lumpur.

Sumber:Mstar