‘Pandai Ayah Ibu Mendidik’Lancar Baca Surah Al-Kahfi, Netizen Puji Ibu Bapa Fattah Anas
Siapa ingat lagi dengan adik Fattah Anas yang sebelum ini tular kerana kecomelannya sewaktu masuk ke dalam sangkar kucing sekitar enam tahun yang lalu?
Kini, adik Anas sudah pun berusia lapan tahun dan bersekolah di sebuah sekolah rendah di Kuantan, Pahang.
Terbaharu, tular satu video memaparkan Anas yang sedang bersiap untuk pergi ke sekolah.
Menerusi video yang dimuat naik di TikT0k, Anas yang sedang memakai kasut diminta untuk membaca surah al-Kahfi ayat 1-10 oleh ibunya.
Dapat dilihat, Anas begitu lancar membaca ayat-ayat suci al-Quran sambil diperhatikan bapanya, Mohamad Firdaus Mohamed daripada belakang.
Sehingga artikel ini ditulis, hantaran tersebut telah meraih lebih 15,000 tontonan dan lebih 1,200 tanda suka.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netiz3n memuji cara didikan ibu bapa Anas kepada kanak-kanak cilik itu.
Mereka juga mendoakan agar Anas membesar menjadi anak yang soleh dan mampu berbakti buat kedua ibu bapanya.
Sumber: TikT0k