Azlee Dikej4rkan Ke Institut Jantung Negara, Ropie Mohon Doa Orang Ramai

Azlee Senario dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sebentar tadi difahamkan berikutan masal4h kesihatan jantung.

Perkara tersebut dikongsikan oleh rakan artis iaitu Ropie di Instagram miliknya. Menerusi hantaran tersebut, Ropie memuat naik tangkap layar perbualan di aplikasi WhatsApp beserta foto Azlee sedang menerima rawatan.

Mohon doakan abang Azlee Senario, sekarang berada di Hospital Sungai Buloh, perjalanan ke IJN.

Mohon sama-sama kita doakan semoga dipermudahkan urusannya.

Dalam masa yang sama, Ropie atau nama sebenarnya Zahid Tajuddin memohon agar orang ramai mendoakan kesihatan Azlee.

Assalamualaikum semua, marilah bersama kita doakan semoga teman kita Azlee diberikan sepenuh kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusannya. Amin.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata ramai rakan seindustri yang terkejut melihat keadaan Azlee dan turut mendoakan agar dia diberikan kesembuhan.

Sumber:HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *