“Asbab Menghapus Dosa”Seminggu Selepas Bersalin ,Min Yasmin Jalani Pembedahan Buang Dar4h Beku.
Selepas seminggu melahirkan cahaya mata pertama, penyanyi Min Yasmin terpaksa menjalani pembed4han kedua gara-gara masalah hematoma iaitu dar4h beku di dalam perut.
Min atau Nurul Yasmin Abdul Aziz, 34, memberitahu, dia selamat menjalani pembed4han pada Isnin dan kini dirawat di Hspital Kanak-Kanak dan Wanita, Kota Kinabalu, Sabah.
Menurut Min, doktor terpaksa melakukan pembedahan kerana bimbang akan berlaku jangkitan yang lebih teruk.
“Saya baru selesai menjalani pembedahan disebabkan oleh hematoma iaitu kesan daripada bersalin tempoh hari… terdapat berlakunya pendar4han.
Min dan Julfekar menimang cahaya mata pertama.
“Ia menjadi dar4h beku, jadi dar4h tersebut tidak dapat dikeluarkan dan terpaksa dibedah.
“Doktor mahu menyedut dar4h beku tersebut kerana bimbang berlaku jangkitan,” katanya ketika dihubungi mStar.
Dalam pada itu, Min mengakui pembedahan kali ini adalah lebih sakit berbanding proses bersalin tempoh hari disebabkan ia dilakukan di bahagian yang sama.
Tambah Min lagi, dia terpaksa dibedah selama lebih kurang satu jam untuk mengeluarkan dar4h beku tersebut.
“Bayangkan saya dibedah kali kedua di tempat yang sama (bahagian perut) sewaktu melahirkan bayi baru-baru ini.
Moga ia menjadi asbab untuk menghapuskan dosa-dosa saya.
“Ya Allah sakitnya… tapi saya rasa pembedahan kali ini lebih sakit berbanding sakit melahirkan tempoh hari.
“Sewaktu melahirkan, saya menjalani pembedahan kecemasan hanya 10 minit sahaja, kali ini saya terpaksa dibedah selama satu jam,” ujarnya.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Masi Malasa ini menyifatkan dugaan yang diterima sebagai salah satu asbab untuk menghapuskan dosa-dosanya.
Min juga sempat berkongsi perkembangan terbaharu anaknya yang kini sudah boleh minum susu badan, selain berat badannya juga makin bertambah.
“Dugaan buat saya tetapi tidak mengapalah… moga ia menjadi asbab untuk menghapuskan dosa-dosa saya.
“Alhamdulillah, anak saya sudah mula minum susu badan dan berat badannya juga semakin meningkat.
“Saya bersyukur sangat dia berada dalam keadaan sihat,” katanya.
Pada 16 September lalu, Min selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada pukul 7.49 malam.
Bayi yang dianggarkan berusia 30 minggu kehamilan itu dilahirkan dengan berat 800 gram secara pembedahan.
Kata Min, doktor terpaksa melakukan pembedahan bagi menyambut bayi berkenaan disebabkan dirinya mengalami tekanan darah tinggi.
Untuk rekod, Min dan Julfekar mendirikan rumah tangga pada 4 April 2014 dan ini merupakan cahaya mata pertama mereka.
Sumber:Mstar