Arwh bagi tahu teringin nak naik helikopter sebelum pencen..”- Ibu saudara Norfarahimi

Ibu saudara kepada salah seorang perajurit yang menaiki Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) yang bertembung di udara dan terhempas ketika sedang

menjalani raptai itu ialah Pegawai Waran II TNL Norfarahimi Mohd Saedy, 41 menyatakan arwah teringin nak naik helikopter sebelum pencen.

Teringin nak naik helikopter sebelum pencen, kongsi ibu saudara
Memetik laporan Buletin TV3, difahamkan Allahyarhamah sudah lama menyimpan impian untuk menaiki helikopter sebelum menamatkan perkhidmatan yang berbaki beberapa bulan lagi.

Perkara itu dikongsikan ibu saudaranya, Laila Fairus Ismail, 58.

“Arwah bagi tahu sebelum pencen teringin nak naik helikopter. Sepanjang kerjaya, ini kali ketiga beliau naik. Itu pun selama tiga hari disebabkan terbabit dalam latihan raptai,” kata Laila.

Ujarnya, Allahyarham juga memaklumkan bakal pencen tidak lama lagi dan akan menetap dengan suami yang juga seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Kuantan, Pahang.

“Arwah seorang yang mudah ‘happy’ dan pada hari raya, Farah memaklumkan akan berpencen kalau tak salah pada Jun ini.

“Baru-baru ini, beliau juga ada memaklumkan, sebelum ini tak pernah naik helikopter dan teringin nak merasainya sebelum berpencen nanti.

“Namun tak disangka kejadian seumpama itu berlaku,” katanya.
Sempat hantar pemandangan udara sebelum tragedi
Laila juga berkata menurut ahli keluarga,

jenazah anak saudaranya itu dalam keadaan sempurna dan hanya mengalami kecederaan pada bahagian kepala.

Kakak sulungnya, Nurlaida Mohd Saedy, 55, berkata Allahyarham sempat memuat naik rakaman video pemandangan dari atas helikopter ketika berlepas dan menghantarnya ke grup WhatsApp keluarga.

Malah, Allahyarham yang merupakan anak keempat daripada lima beradik jarang berahsia sepanjang kariernya.

“Pada pagi hari kejadian, arwh sempat menghantar pemandangan dari udara sebelum tragedi itu berlaku,” ujar Nurlaida.

Jenazah allahyarhamah akan dikebumikan di Tanah Perkubur4n Kampung Damak, Sungai Bayor, Rantau Panjang, Selama, Perak atas permintaan suaminya.

Tragedi tak musnahkan cita-cita anak
Dalam pada itu, tragedi yang menimpa Norfarahim bersama sembila lagi anggota TLDM tidak memusnahkan impian dan cita-cita dua anaknya untuk menjadi seorang anggota tentera.

Sebaliknya, ia menjadi pemangkin dan motivasi buat Nur Alwani Fatihah Muhd Faizul,12, dan abangnya Muhd Alif Farhan,16, untuk mengejar impian mereka.

Terdahulu media melaporkan dua buah helikopter milik TLDM bertembung diudara ketika menjalani latihan raptai sempena Hari Terbuka Armada yang dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 Mei ini. Kejadian itu menyebabkan 10 anggota termasuk arwah, terkorban.

Dalam perkembangan berkaitan, bedah siasat tiga perajurit wanita di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) telah selesai dan kesemua mangsa diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat TLDM.

Sumber:HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *