Aprena Manrose Reda Dan Pasrah Soal Zuriat”Mungkin Allah Nak Beri Di Akhirat Nanti”

Lapan tahun mendirikan rumah tangga namun masih belum dikurniakan rezeki cahaya mata, pelakon Aprena Manrose memberitahu dia kini reda dan berserah menerima ketentuan Allah.

Bagi Aprena atau nama sebenarnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 31, dia dan suami iaitu Mohd Afiq Hazman tidak pernah putus berusaha namun enggan juga terlalu berharap.

“Sebenarnya sekarang ini lebih kepada reda dan pasrah. Bukan bermaksud kami berputus asa.

“Jika tidak dikurniakan cahaya mata sekali pun kami terima. Mungkin Allah nak berikan anak di akhirat nanti,” katanya

Pelakon ini ditemui ketika majlis sidang media drama Ramadan dan Raya TV3 yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.

Aprena juga berkongsi sebelum ini dia pernah melakukan rawatan persenyawaan invitro (IVF) namun ia juga tidak berjaya.

Katanya, ketika itu juga pernah menolak tawaran berlakon watak utama demi memberikan fokus terhadap proses tersebut.

“Sekitar dua tahun lalu saya buat rawatan IVF dan ketika itu ada terima dua tawaran berlakon watak utama. Saya terpaksa berkorb4n menolak.

“Saya tahu kalau buat rawatan IVF, kita tidak digalakkan untuk bergerak. Saya hanya duduk di rumah sahaja sepanjang tempoh dua minggu selepas proses tersebut.

Mungkin Allah nak berikan anak di akhirat nanti

“Namun apabila dapat tahu tidak berjaya, rasa sangat kecewa. Saya dan suami matikan telefon dan kami hanya tidur di rumah,” ceritanya.

Bercakap tentang kerjaya seni, Aprena kini sedia untuk kembali aktif berlakon selepas agak perlahan kerana mahu memberi tumpuan kepada rawatan.

“Apabila terlalu lama duduk rumah rasanya lebih baik saya kerja semula kerana ini adalah minat. Jadi kalau ada rezeki datang saya akan terima.

Sumber:Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *