Aprena Manrose Hargai Teguran Netizen”Saya Manusia Biasa , Yang Tidak Baik Jangan Ikut”

Tidak mudah melatah dengan kec4man net1zen, pelakon Aprena Manrose berkata dirinya hanya manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

Mengambil segala teguran netizen dengan hati terbuka, Aprena atau Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 30, bagaimanapun meminta peminat tidak mengikut sebarang tindakan kurang baik dilakukan olehnya.

“Saya manusia biasa, yang baik silalah ikut dan yang tidak baik daripada saya janganlah anda mengikut.

Aprena mengakui hanya manusia biasa yang melakukan kesilapan.

Aprena mengakui tidak terlepas daripada melakukan silap.

“Apa pun terima kasih kerana menyayangiku seadanya, tegur kerana sayang,” katanya.

Aprena berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada malam Rabu.

Dalam perkongsian sama, pelakon drama Hatimu Sedingin Salju ini sempat meminta pengikutnya untuk menonton sebuah program keagamaan yang bakal bersiaran Ramadan tahun depan.

“Jika benar sayang tengoklah saya mengaji akan keluar bulan puasa nanti,” ujarnya.

Sebelum ini, nama Aprena menjadi sebutan netizen gara-gara mengenakan hoodie dan topi sehingga menampakkan bahagian leher biarpun dirinya berhijab.

Rata-rata netizen mend4kwa tindakan aktres berkenaan sebagai petanda untuk memberitahu dirinya bakal kembali tidak bertudung.

Menerusi temu bual Aprena sebelum itu memberitahu hatinya pernah berbolak-balik untuk kembali kepada imej lama.

Menurutnya, salah satu punca imannya turun naik adalah disebabkan pengaruh media sosi4l.

Sumber:Mstar