“Semoga Istiqamah & Kuatkan Hati” Aprena Manrose Hadir Ke Majlis Ilmu, Netizen Doa Kembali Bertudung
Aprena Manrose yang mengenakan jubah dan tudung labuh semasa hadir ke majlis ilmu telah mencur1 perhatian wrganet.
Menerusi video yang dimuat naik di TikT0k, Aprena atau nama sebenarnya Wan Syahera Putri Aprena dilihat hadir ke sebuah majlis ilmu yang membincangkan tentang topik wanita di dalam Al-Quran.
Menghadiri ke majlis ilmu adalah satu terapi diri, cubalah.
Antara selebriti yang dilihat turut hadir adalah Nadiyah Shahab, Nelydia Senrose, Betty Rahmad dan Nora Danish.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan agar anak kepada penyanyi Iwan Syahman itu kembali menutup aurat dan istiqamah dalam memakai hijab.
Terdahulu, tular video yang memaparkan aktres berusia 31 tahun itu tidak lagi mengenakan hijab semasa berada di lapangan terbang untuk berlepas ke Jakarta.
Sekadar info, adik kepada pelakon Oktovia Manrose itu memulakan usaha berhijab pada Ramadan 2021, sebelum mengambil keputusan memakai tudung penuh tidak lama kemudian.
Sumber: hm