“Apalah Sangat 8 Jam Dalam Bilik Aircond ” Rider Sekolahkan Kerja Pejabat Tak Layak Merungut Penat Perah Otak , Hidup Ni Keras.

Setiap pekerjaan mempunyai cabaran yang tersendiri.

Sama ada kerja yang memerlukan keupayaan berfikir atau menggunakan sepenuh kudrat dan tenaga, kedua-duanya tetap mencabar.

Kecoh mengenai seorang penghantar makanan mengadu bahawa pekerjaannya merupakan tugas yang paling memerlukan kesabaran.

Menurut lelaki itu, mereka yang menceburi kerjaya korporat tidak layak untuk berasa penat kerana tidak setara berbanding dengan kesulitan melakukan pekerjaannya.

“Baru lapan jam kerja dalam bilik berpenghawa dingin pun dah cakap hidup ni ‘keras’. Apalah sangat kepenatan tu, sini aku tunjuk erti kepenatan yang sebenar.

“Penat yang betul adalah apabila peluh ni dah masuk mata, diri jadi bahan ejekan orang sekeliling, kerja sampai tak ada masa nak makan dan rehat.

“Redah hujan panas dan kerja sampai 15 jam,” cerita lelaki itu mengenai lumrah pekerjaannya.

Malah, lelaki berkenaan memberi peringatan ‘pedas’ kepada mereka yang merungut dengan kerja di pejabat.

“Jangan cakap dekat aku hidup ni keras kalau kau belum hadap semua tu,” ujar lelaki terbabit tegas.

Aku belum tentu boleh hadap kerja kau dan kau pun belum boleh hadap kerja aku.

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya tidak bersetuju dengan pandangan penghantar makanan tersebut.

“Setiap pekerjaan ada kelebihan dan kekurangannya. Walaupun nampak selesa kerja dalam tempat penghawa dingin, tapi tak fikir ke nasib pekerja korporat kena maki dengan bos 24 jam.

“Belum ambil kira persekitaran pekerjaan yang toksik, beban kerja melampau melebihi waktu pejabat, sampai kena bawa kerja balik rumah.

“Keluar rumah pergi kerja gelap, balik rumah dari kerja pun gelap, anak isteri tak sempat jumpa sebab dah tidur. Doakan yang baik-baik je, tak ada perkerjaan yang mudah,” kata warga maya.

Pada masa sama, ada yang berpendapat hanya berfikiran tidak matang akan memandang rendah pekerjaan lain.

“Orang yang berpendidikan tak akan rasa busuk hati dengan orang yang kerja pejabat sebab mereka tahu penat perah otak ni macam mana, tak macam penat fizikal.

“Penat badan ni cukup kita rehat satu malam esok pagi bangun dah segar, tapi kalau penat otak mahu makan minggu nak hilang.

“Mohon hormati kesusahan hidup masing-masing, aku belum tentu boleh hadap kerja kau dan kau pun belum boleh hadap kerja aku,” kata sebahagian warga maya.

Sumber:HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *