“Mama Bangga Dengan ‘Result’ SPM Warits”Datin Anne Ngasri Kongsi Kegembiraan Pencapaian SPM Anak

“Mama bangga dengan ‘result’ SPM Warits.” Datin Anne Ngasri berkongsi kegembiraan dengan kejayaan yang diraih anaknya, Abdul Warits Abdul Wafi dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.

Keputusan SPM baru sahaja diumumkan. Ramailah ibu bapa yang berkongsi kejayaan anak masing-masing. Seperti juga ibu bapa yang lain,

Anne atau Nasriah Ngasri, 40, turut berkongsi kegembiraan di Instagramnya. Beliau menulis kata-kata ucapan yang bermakna kepada Warits serta semua pihak yang membantu kejayaannya.

Perkongsian Datin Anne Ngasri tidak terkecuali dalam meraikan keputusan anak sulungnya, Abdul Warits.

“Mama Bangga Dengan ‘Result’ SPM Warits”
Alhamdulillah Syukur padaMu Ya Allah. Mama sgt bangga dengan result SPM Warits.

Terima kasih kepada semua yang ada saat perjalanan membesarkan @imwarits terutamanya Papa Sumali, keluarga, guru-guru hebat serta sahabat-sahabat terutama teman-teman Warits yang mendorong kejayaannya….

Turut terharu melihat kejayaan anak-anak lain juga….Terima kasih atas doa semua…

Menjengah ke ruangan komen, selain ucapan tahniah daripada warga maya, tidak kurang juga yang memuji penampilan dua beranak itu yang dikatakan seperti kakak dan adik. Rakan-rakan artis juga tidak terkecuali meninggalkan komen.

Berikut antara jejak-jejak komen di laman Instagram Datin Anne Ngasri.

Sumber: Datin Anne Ngasri