Angkara Khi4nat , Tayar Kereta Pengunjung Air Terjun Ditoreh Sampai Pancit”Nak Healing Akhirnya Jadi Macam Ni”

 Hasrat sekumpulan pengunjung ke kawasan hutan untuk ‘healing’ tidak kesampaian sebaliknya berlaku insid3n yang menyakitkan hati.

Beberapa kereta dipercayai milik pengunjung did4kwa menjadi mangsa perbuatan khi4nat apabila tayar kenderaan mereka ditoreh sehingga pancit.

Menerusi perkongsian video di laman sosi4l, sekurang-kurangnya tiga kereta dipercayai menjadi mngsa khi4nat.

Lebih kejam apabila terdapat lebih daripada dua tayar kereta mngsa yang ditoreh.

Kesan toreh pada tayar kereta.

Dalam rakaman berdurasi 40 saat itu, kelihatan kedua-dua tayar belakang kereta Axia merah mempunyai kesan toreh.

“Khianat gila-gila. Jangan pergi dah tempat ni. Harap pemilik kereta tabah.

“Niat nak tolong tapi kami dah tunggu dua jam, pemilik kereta tak turun juga,” tulisnya secara ringkas menerusi kapsyen video.

Individu tersebut bagaimanapun tidak mendedahkan lokasi dan tarikh kejadian.

Namun, dipercayai insiden berlaku berdekatan dengan sebuah air terjun popular di Kedah berdasarkan pautan lokasi di video berkenaan.

Difahamkan, ia juga merupakan destinasi riadah untuk aktiviti jungle trekking selain mandi-manda.

Di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan perbuatan khianat itu sehingga menyusahkan orang ramai, apatah lagi ia berlaku dekat kawasan hutan.

Malah ada yang bimbang tindakan tersebut boleh mengundang kepada kejadian yang lebih buruk seperti samun dan rompak.

“Bahayanya, takut mereka standby nak samun ke apa. Selepas ini pakat-pakat beringat la kalau nak pergi situ.

“Kasihannya, orang nak healing. Last-last jadi macam ni.

“Parah, tempat dah cantik jadi tarikan. Jadi begini terus tak jadi tarikan,” demikian antara komen netizen.

Antara komen netizen.

Seorang netizen mendakwa insiden seumpama itu pernah berlaku sebelum ini, malah keadaannya lebih buruk.

“Ini bukan yang pertama. Sebelum ini pun dah ada. Siap pecahkan cermin lagi,” katanya.

Sehubungan itu, terdapat cadangan supaya kawasan tersebut diletakkan di bawah pemantauan dan pengawasan bagi mengelakkan kejadian berulang.

“Kalau kawasan riadah, rekreasi… harap pihak berwajib sediakan tempat lebih selamat. Ada guard (pengawal) atau tempat parking lebih terjamin, letak CCTV (kamera litar tertutup).

“Kena letak jaga (pengawal) la kat situ. Bayar parking pun tak apa, lebih selamat,” komen netizen.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi polis berhubung kejadian yang berlaku.

Sumber:mstar