Angeline Tan Terharu Ramai Mendoakan Rumah Tangganya Dengan Sabri Yunus.“Tak Tahu Nak Kata Apa, Aku Bersyukur”

Berita perkahwinan bintang sitkom popular, Pi Mai Pi Mai Tang Tu pada 14 Oktober lalu nyata mengejutkan ramai pihak. Malah pernikahan Sabri Yunus dan Angeline Tan 

itu menjadi bualan hangat di alam maya tidak kurang juga yang gembira selepas mengetahui aktres yang sinonim dengan nama ‘Lucy’ ini sudah pun bergelar ‘saudara’ baru.

Sabri Yunus yang kini berusia 62 tahun sah bergelar suami Angeline Tan Yoke Yeah atau nama islamnya Ardini berumur 56 tahun dengan sekali lafaz. Pasangan ini dinikahkan Mufti Perlis, Datuk Profesor Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau dikenali Dr Maza.

Kedua-duanya tampil segak dan anggun dalam persalinan nikah rona putih. Bahkan keayuan Angeline terserlah dalam persalinan tradisi kurung yang lengkap bertudung litup.

Dalam perkongsian di media sosial miliknya, Angeline meluahkan rasa syukur atas kiriman doa dan ucapan yang baik-baik daripada peminat.

“Asalamualaikum. Terima kasih kepada semua yang hantar ucapan tahniah dan doa atas pernikahan kami. Sememangnya kami sangat perlu doa-doa berterusan daripada semua.

Thank you for all your sweet wishes and blessings. Terima kasih semua yang hantar ucapan, doa dan video. Syukur..syukur.

Maaf ye kami tak mampu nak balas satu persatu. Tapi kami baca semua yang kami terima. Rasa amat terharu dan sangat menghargainya.”

Wanita ini mula berlakon pada tahun 1986 dalam sebuah drama bersiri Cina ‘Empat Sekawan’ di samping Datuk Lai Meng serta kerap menghiasi drama tempatan.

Meniti usia 50an, kecantikan Angeline bagai tidak terusik. Tetap jelita dalam kelas tersendiri.

Moga rumah tangga yang dibina kekal bahagia dan berkekalan sampai syurga.

Sumber:HM