Angeline Tan Mohon Doa , Pertama Kali Menjadi Tetamu Allah “Suasana Sangat Bersih Dan Tenang”

Pasangan pelak0n Angeline Tan dan suami Sabri Yunus berangkat menunaikan umrah pada Ahad selepas hampir tiga bulan mendirikan rumah tangga.

Umrah kali pertama

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Angeline atau nama nama penuhnya Ardini Angeline Tan dilihat sedang berada di perkarangan lapangan terbang bersama Sabri dengan memakai jubah berwarna hitam dan bertudung labuh.

Difahamkan pelak0n sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu menaiki pesawat menuju ke Tanah Suci pada pagi semalam.

Pagi ini berangkat ke Tanah Suci. Doakan kami.

Dalam hantaran terbaru, Angeline turut berkongsi pengalamannya menunaikan solat di Masjid Nabawi.

Tadi solat di Masjid Nabawi, Madinah. Walaupun di sini 24 jam penuh dengan ramai orang tetapi suasana sangat bersih dan tenang.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wrganet mendoakan perjalanan umrah pasangan selebriti ini dipermudahkan dan semua ibadah mereka diterima di sisi Allah

Terdahulu, pasangan tersebut selamat diijabkabulkan dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Perlis pada 14 Oktober yang lalu.

Sekadar info, Sabri dan Angeline mula berkenalan semasa menjayakan sitcom tersebut pada tahun 1992.

Untuk rekod, Sabri pernah mendirikan rumah tangga dengan Norraya Mohd Yusof dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata. Walau bagaimanapun, Norraya mninggal dunia pada Ogos 2007 akibat k4nser.

Sementara itu, Angeline yang pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini pula mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulu.

Sumber: IG Angeline Tan,HM