“Anda Tahu Siapa Anda” Ada Pihak Buat Jahat Terhadap Anak Angkat , Elyana Tak Akan Maafkan .
Elyana meluahkan rasa terkilan apabila anak keduanya iaitu Cahaya Ramadhani yang baru berusia empat tahun terpaksa berdepan dengan perbuatan tidak baik segelintir pihak.
Elyana atau Erneelya Elyana Emrizal, 36, berkata, dia mengenali individu yang melakukan perbuatan itu dan tidak akan sesekali memaafkannya.
Tidak menyebut secara spesifik kejadian menimpa Cahaya atau Caca, Elyana berharap individu tersebut akan berubah suatu hari nanti.
Elyana ikhlas sayang anak angkatnya.
“Jadi kepada pihak-pihak yang selama ini jahat kepada anak ini… susah sekali saya maafkan anda. Terlalu hancur hati saya dengan perbuatan anda.
“Saya berdoa semoga suatu hari nanti anda menjadi manusia yang lebih memanusiakan manusia lain.
“Anda tahu anda siapa,” luahnya.
Elyana berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya.
Penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu itu turut memuat naik koleksi video bersama Cahaya sejak kanak-kanak itu bayi.
Dalam pada itu, Elyana berkata, meskipun Cahaya adalah anak angkat namun kasih sayang terhadap kanak-kanak itu tidak pernah berbelah bahagi dan sepenuh hati.
Elyana jaga anak angkatnya sejak berusia 6 hari.
Malah sejak Cahaya berada dalam pangkuannya, dia sedaya upaya menyayangi dan menjaganya meskipun berdepan dengan masalah kesihatan.
“Anak perempuan ku Cahaya Ramadhani. Ramai yang tanya Caca anak siapa?
“Cahaya Ramadhani adalah anak kesayangan saya. Walaupun bukan dari rahim saya.
“Saya sedaya upaya menyayangi serta menjaga dia dengan kemampuan saya dari usia caca 6 hari,” katanya.
Untuk rekod Elyana mendirikan rumah tangga bersama Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Cinta Sumayah, 13 tahun.
Selain Cahaya, Elyana dan Khairul turut mengambil seorang lagi anak angkat istimewa yang diberi nama Tulus.
Sumber:mstar