‘Alhamdulillah, Bersyukur Sangat’Anak Zarina Zainuddin Peroleh 6A 2B Dalam SPM 2023

Zarina Zainuddin meluahkan rasa syukur apabila anaknya, Muhammad Adam Azrai memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.

Cemerlang SPM
Menerusi hantaran di Instagram, Zarina memaklumkan anaknya berjaya mendapat enam gred A dan dua gred B.

Alhamdulillah, Adam dah dapat keputusan SPM. Dia dapat 6A 2B+. Syukur.

Sebagai seorang ibu, itu pun saya sudah bersyukur sangat. Ibu tak pandai, biarlah anak pandai. Semua ibu bapa mengharapkan anak mereka berjaya.

Pada hantaran sama, Zarina turut memuat naik gambar keputusan SPM anaknya untuk tontonan umum.

Dapat dilihat antara subjek yang memperoleh gred A adalah Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Sains dan Sains Sukan.

Manakala untuk subjek Bahasa Melayu dan Prinsip Perakauan, Adam memperoleh gred B.

Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas menitipkan ucapan tahniah kepada Zarina dan anaknya.

Sumber: Ig

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *