‘Arif Rasa Dia Ingatkan Tipu?’Anak Tya Arifin Menangis Masa Tolong Ibu Berniaga

Anak kepada pelakon dan usahawan, Tya Arifin iaitu Arif Jiwa Asyraf menangis apabila dianggap menipu ketika membantu ibunya berniaga di Celebfest, Singapura, baru-baru ini.

Sedih dianggap menipu

Menerusi perkongsian di TikT0k, Arif mendekati beberapa pengunjung yang datang bersama anak untuk mempromosikan produk vitamin, Jiwaku.

Namun, salah seorang pengunjung menganggap Arif menipu dan membuatkannya berasa sedih.

Bagaimanapun, ada pengunjung lain yang kembali semula ke ‘booth’ tersebut untuk membeli produk yang dijual Arif.

Dalam pada itu, Tya menitipkan kata-kata semangat dan berbangga dengan anak sulungnya itu.

Takpe abang. Ibu bangga dengan abang ya. Besar nanti baru abang faham erti meniaga tu macam mana ya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut berbangga dengan Arif dan kaedah perniagaan yang digunakan itu.

Tak mudah nak buat direct selling dengan customer, but it will make you a great entrepreneur one day.

Good job abang Arif.

Takpe Arif, jangan sedih-sedih tau doa banyak-banyak supaya ramai beli Jiwaku.

Sumber: TikT0k