“Anak Tanya Kenapa Lori Ayah Jatuh Bukit?” Rindu Seorang Balu , Sebulan Suami Pergi . Isteri Masih Tak Tahu Punca Kemal4ngan Ngeri.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul beb4nan.
Tarikh 1 Ogos lalu menjadi detik gelap dalam hidup Siti Nur Jannatul Ma’wa apabila suaminya, Mohd Izzad Mohd Saad yang bekerja sebagai pemandu lori m4ut dalam kemalangan jalan raya.
Menerusi kejadian di Bera, Pahang, lori yang dipandu Mohd Izzad dipercayai terbabas sebelum terj4tuh ke cerun bukit, menyebabkan mngsa m4ut di tempat kejadian.
“Dari cerita orang yang temukan arwh. Memang tiada saksi kejadian. Arwh ditemui sebab ada pekerja ladang yang dengar dua letupan selang beberapa saat.
“Kemungkinan l3tupan tayar yang pecah. Arwh mningg4l di tempat kejadian. Masa ditemui memang dia dah mningg4l,” ujar Siti
Bercerita lanjut, Siti yang memiliki dua cahaya mata berkata arwh turut berkel4kuan pelik dan berubah sikap dalam tempoh seminggu sebelum kemati4nnya.
Cuma dengan anak, arwh jadi pemarah. Walhal arwh tak pernah marah anak. Sebelum ni arwh bapa yang penyayang.
“Saya tak bertemu arwh selama empat hari sebelum kemati4nnya kerana dia keluar bekerja. Tapi seminggu sebelum kejadian, arwh suka pakai barang saya. Perfume, baju, pergi kerja bawa botol air saya.
Sementara itu menerusi tulisan lu4han hatinya di TikT0k pula, Siti berkata dia sebenarnya masih tertanya-tanya akan punca sebenar kejadian mal4ng itu.
“Dah sebulan, sampai sekarang masih menjadi tanda tanya buat sayang dan kakak (anak) asbab lori abang bawa terb4bas macam ni. Kakak tanya kenapa lori ayah jatuh bukit?
“Siapa saksi yang nampak abang masa kejadian? Siapa saksi yang jumpa abang dulu? Semua tu bermain di minda. Bukan tak reda dan ikhlas. Tapi pemergian abang terlalu mengejut,” tulisnya.
Tambah Siti, dia kini bagaikan ‘lvmpuh’ tanpa suami di sisi, malah banyak perkara yang perlu diuruskan sendiri demi kelangsungan hidup dengan anak-anak.
“Bukan sehari dua atau sebulan dua untuk sayang biasakan diri dan kuatkan hati. Anak-anak pun sama. Sekarang sayang kena mencorak langkah tanpa tujuan. Sayang perlu menyusun setiap rancangan sendiri.
Pasangan ini mempunyai dua cahaya mata.
“Selama ni sayang hanya bergantung pada abang. Nak pilih kasut dengan baju pun abang yang tentukan. Macam mana sayang nak berdiri untuk mem1kul semua yang abang tinggalkan?
“Terima kasih sentiasa ada dan bersabar dengan sayang selama ini. Dulu sayang tak nampak. Apabila abang dah tak ada baru sayang sedar banyak kurangnya sayang tanpa abang,” luahnya lagi.
Sebulan sejak kejadian itu, Siti berkata dia kini mempunyai sedikit kekuatan untuk bercerita mengenai pemergian suaminya di media sosi4l.
“Sebulan sayang ambil masa kuatkan hati dan jiwa nak naikkan video ni. Bukan mudah sayang nak lupakan. Bukan mudah sayang nak tinggalkan abang. Jiwa sayang berbahagi.. Antara kasih dan hala tuju.
“Keperibadian abang sebagai suami dan ayah tiada galang ganti buat sayang dan anak-anak. Terima kasih menyantuni kami sepenuh jiwa abang. Terima kasih menggenggam cinta kita sampai akhir hayat,” tulis Siti lagi.
Di TikT0k, video memaparkan kren yang sedang mengangkat lori yang dipandu mangsa meraih lebih 200,000 tontonan.
Sumber:mstar