Anak Sulung Dapat Tajaan Pakej Umrah”Supaya Dia Boleh Berdoa Di Depan Kaabah”
Sabtu lalu kita dikejutkan dengan pemergian enam sekeluarga buat selama-lamanya akibat kemal4ngan ketika dalam perjalanan ke Segamat di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan.
Mngsa yang terlibat ialah Amir Ruddin Ismail, 46, dan Norahimah Noor Muhamad, 43, bersama empat lagi anaknya, Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5.
Terbaharu, anak sulung kepada Allahy4rham Amir dan Norahimah, Abdur Rahman Amir Ruddin, 19 bakal menerima tajaan menunaikan umrah oleh syarikat umrah dan haji, Jay Ibrahim Travel & Tours Sdh Bhd.
Menurut pengasas syarikat umrah dan haji tersebut, Jay Ibrahim memaklumkan bahawa niatnya membantu Abdur Rahman adalah untuk memberikan ruang kepada pemuda tersebut untuk berdoa di hadapan Kaabah.
“Niat saya memang nak taja adik Abdul Rahman menunaikan umrah supaya dia boleh berdoa depan Kaabah, Makkah dan Raudhah di Madinah supaya adiknya yang masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hspital Segamat segera sembuh.
“Alhamdulillah, hasil bantuan rakan-rakan di Fb, saya dapat berhubung dan berjumpa Abdur Rahman hari ini (Ahad).
Saya menyatakan hasrat untuk menajanya menunaikan umrah dan dia terima. Cuma, dia mahu adiknya yang kini masih di ICU dapat pergi bersama.
“Saya cakap, kalau adik dia diizinkan hidup, saya memang akan bawa juga. Tapi, saya pelawa untuk pergi awal supaya dia dapat mendoakan kesihatan adiknya di sana. Seperti yang kita tahu, depan Kaabah antara tempat mustajab berdoa.” katanya.
Selain daripada menerima Pakej Umrah Premium Menara Jam Makkah, Abdur Rahman juga akan menerima beberapa sumbangan berupa wang tunai, kain ihram, sejadah dan sebotol air Zam Zam 5 liter.
Bukan itu sahaja, Jay mended4hkan dia akan menguruskan segala dokumen yang berkaitan untuk membantu memudahkan Abdur Rahman berangkat ke Makkah.
“Dia beritahu tak ada passport, tapi saya cakap akan bantu uruskan semuanya. Bila-bila saja dia nak pergi pun boleh. Kebetulan saya memang duduk di sana. Kalau dia nak pergi minggu depan, kakitangan saya akan bantu.
“Insya-Allah, di sana Abdur Rahman boleh merawat jiwa di depan Kaabah. Semoga dia diberi kekuatan.
“Niat saya ini lebih pada t4nggungjawab sebagi orang Islam untuk membantu mereka yang sus4h. Saya bersimpati atas apa yang berlaku.
“Doakan usaha kecil kami ini dipermudahkan dan dapat memberi manfaat kepada adik Abdul Rahman dan keluarga serta mendapat keberkatan Allah.” tambahnya.
Terdahulu, meruntun hati, apabila solat jnazah tersebut diimamkan oleh anak sulung kepada pasangan, Amir Ruddin Ismail 46, dan Norahimah Noor Muhamad, 43, iaitu Abdul Rahman Amir Ruddin, 19.
Suanana bertambah pilu apabila anak sulung tidak dapat menahan kes3dihan sebaik sahaja melihat satu per satu wajah jnazah ahli keluarnya yang dibawa masuk untuk disembahyangkan.
Abdul Rahman berkata, mereka baru sahaja bersua muka sebelum ahli keluarganya bertolak, namun takdir Allah tiada siapa yang dapat menidakkan segala ketentuanya apabila dia kehilangan kesemua ahli keluarga sekaligus.
Dirinya juga tidak pernah terlintas langsung untuk menjadi anak yatim piatu dalam sekelip mata selain turut kehilangan lima adiknya, Fatimatulzahrah, 17, Abdullah, 15, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5 dalam n4has terbabit.
“Pada hari kejadian, saya tidak bersama mereka kerana ada urusan lain dan sempat memberitahu arwh ibu akan jumpa di rumah nenek. Sebaik tiba di Tangkak, saya mendapat panggilan daripada saudara sebelah ibu mengatakan mereka kemal4ngan.
“Saya tidak terkata-kata apatah lagi mendapat tahu ibu, Abi dan empat adik turut meninggalkan kami,”katanya.
Abdul Rahman berkata, dia menerima mesej menerusi WhatsApp serta sekeping gambar dengan tulisan ‘kami balik dulu’ pada jam 3.08 petang (semalam) sebelum dimaklumkan mengenai berita duk4.
“Abi bertugas sebagai imam di Masjid Ladang Tereh Utara, Kluang dan kami tinggal bersebelahan dengan rumahnya disebabkan tugas sebagai bilal di tempat berbeza.
“Ibu datang ke rumah Abi memandangkan cuti persekolahan dan sepatutnya pulang ke rumahnya di Segamat pada hari kejadian.
“Pada masa sama, Abi juga mahu menghantar tiga adik Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, di Maahad Tahfiz al-Quran al-Muhammadi di Kundang Ulu, Bukit Gambir hari ini.
“Tapi, yang pulang adalah jnazah Abi, ibu dan adik. Adik Fatimatulzahrah baru sahaja dinobatkan sebagai antara terbaik dalam Mumtaz Sufi di pusat tahfiznya, bulan lalu,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata ayahnya sempat menitipkan pesanan untuk perbanyakkan amalan bersedekah kerana ia adalah pembuka jalan dan doa makhluk untuk kita.
Jnazah enam beranak itu selamat dikebum1kan dalam satu liang lahad di Tanah Perkubur4n Islam Masjid Ubuddiah, Parit Limbong pada petang Sabtu.
Sumber: Harian Metro