Anak Sempat Makan Sama-Sama Sebelum Ke Pulau Pinang , Ibu Lemah Badan Dapat Berita Kemati4n Badrul Muhayat.
Ibu kepada pelakon Badrul Muhayat lemah seluruh anggota badan saat dimaklumkan mengenai pemergian anak kesayangannya itu pada pagi Sabtu.
Datin Zaharah Othman, 75, berkata, meskipun sedih namun dia reda selain menyifatkan arwh sebagai seorang anak bertanggungjawab dan sentiasa mengambil berat tentangnya.
“Masa dapat tahu kaki saya lemah… Anak saya yang maklumkan tentang pemergian abangnya. Dia menangis dulu sebelum beritahu saya.
“Saya reda sebab dia hak Allah… Sebagai ibu saya hanya mampu menangis sebab arwh sangat baik.
Badrul mninggal dunia dalam tidur di sebuah homestay di Pulau Pinang.
“Belum pernah dia m4rah atau menengking saya selain rajin menghubungi saya bertanya khabar,” katanya
Zaharah berkongsi perkara itu ketika ditemui di Masjid Al Hidayah Sentul pada pagi Ahad.
Jnazah selamat dikebumikan di Tanah Perkubur4n Islam Raudhatul Sakinah, Batu Caves, Selangor kira-kira pukul 9.35 pagi Ahad.
Dalam pada itu, Zaharah berkata, Badrul ada memaklumkan tentang rancangan mengadakan majlis kenduri perkahwinan dengan Norhayati Zulkapli pada Disember ini namun tidak kesampaian.
“Dia ada beritahu saya nak adakan majlis resepsi tapi apa nak buat tak kesampaian,” katanya.
Sementara itu, anak perempuan Allahy4rham iaitu Nur Delisha, 16, memberitahu kali terakhir dia bertemu bapanya sebelum arwh berangkat ke Pulau Pinang untuk menyertai sebuah karnival jualan pada Jumaat.
Delisha berkata, dia terkejut apabila mendapat berita pemergian arwh memandangkan sempat berbalas mesej pada malam sebelum Badrul mninggal dunia.
“Terkejut sebab malam sebelum ayah pergi dia ada mesej beritahu nak masukkan topup, tapi tahu-tahu esoknya dia sudah tiada.
=Saya reda sebab dia hak Allah… Sebagai ibu saya hanya mampu menangis sebab arwh sangat baik.
“Saya dapat tahu daripada sepupu… Mula-mula rasa tak percaya sebab baru kelmarin (Jumaat) kami berjumpa sebelum ayah berangkat ke Pulau Pinang.
“Dia sempat singgah ajak saya makan baru dia bertolak,” kongsinya.
Bercerita mengenai Allahyarham, Delisha memberitahu setiap hari Badrul akan menelefon dia dan adiknya Badrul Hidayat, 13, untuk bertanya khabar.
Kongsinya lagi, Hidayat turut menangis di dalam bilik selepas menerima perkhabaran sedih itu.
Perancangan Badrul mengadakan majlis resepsi pada Disember ini tidak kesampaian.
“Adik baru lepas main bola, bila dia diberitahu tentang ayah, dia macam tak percaya dan masuk bilik menangis,” ujarnya.
Untuk rekod, Badrul pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali namun berakhir dengan pencerai4n sebelum berkahwin dengan Norhayati pada April lalu.
Pada pagi Sabtu, Badrul menghembuskan nafas terakhir ketika dalam tidur di sebuah homestay di Pulau Pinang.
Hasil bedah si4sat mendapati punca kemat1an bekas peserta Hero Remaja 1990 itu disebabkan serangan j4ntung.
Sumber:mstar