Tak Mahu Anak Rasa Kerdil, Hanis Zalikha Kawal Rasa Marah Dekat Anak-Anak
Hanis Zalikha tidak terlepas dari rasa marah namun sentiasa mengawal dirinya terhadap dua anaknya, Yusuf dan Alisa.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikT0k, Hanis atau nama panggilan mesranya Kek Nis menyatakan dirinya sama sahaja seperti ibu di luar sana yang memarahi anak-anak jika berkelakuan tidak baik.
“Saya pun ada je marah. Parents mana yang tak marah.
“Saya selalu letak anak ini seorang manusia. Kecilnya hati bila ditengking, dicubit dan dimarahi.
“Saya tak nak mereka rasa kerdil, sebab tu saya akan cuba untuk tidak tinggikan suara bila marah,” luahnya.
Kata ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, dia lebih senang mengambil pendekatan berterus terang dengan anak-anak supaya anak lebih mudah faham.
Tambah Hanis lagi, dia juga sama seperti ibu bekerjaya lain yang terpaksa mendapatkan bantuan orang lain terutama dalam penjagaan anaknya.
Katanya, dengan bantuan daripada pembantu rumah (maid) dapat meringankan urusan di rumah.
“Kalau Hairul tak ada, parents saya akan tolong. Kalau tak saya pun tak boleh nak handle perniagaan saya (Cakenis).
“Tapi kalau bab masak memang saya akan masak,” tambahnya.
Terdahulu, Hanis dan Hairul mendirikan rumah tangga pada Jun 2016. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.
Sumber:HM