Anak Penyanyi Min Yasmin Selamat Jalani Pembedah4n Akibat Angin Pasang, Ada Sebab Tak Dapat Ikut Petua Tuam Kemalu4n Bayi Selepas Lahir

Anak kepada penyanyi Min Yasmin iaitu Muhammad Zulfiras berusia empat bulan selamat menjalani pembed4han akibat masalah angin pasang atau hernia di Hspital Wanita dan Kanak-Kanak, Likas, Sabah pada Rabu.

Min atau Nurul Yasmin Abdul Aziz, 34, berkata masal4h angin pasang itu dipercayai terjadi kerana dia tidak mengikut saranan dan petua orang lama mengenai penjagaan khas untuk bayi lelaki.

Disebabkan bayi itu dilahirkan pramatang, Min memberitahu dia tidak dapat melakukan petua tradisi0nal berkenaan ditambah pula keadaan fizikal anaknya itu terlalu kecil.

“Anak lelaki ni sensitif berbanding anak perempuan. Orang tua-tua pun ada cakap sepatutnya lepas bersalin kita kena tuam kemalu4nnya.

“Tapi disebabkan anak saya pramatang, dua bulan duduk di dalam incubator. Apabila dibenarkan keluar daripada incubator dan balik rumah selepas dua hari, dia kena hernia atau orang Melayu kita panggil angin pasang,” katanya.

Menurut Min, dia mula menyedari terdapat benj0lan di bahagian bawah perut Zulfiras dan terus membawanya ke hspital bagi menjalani rawatan.

Namun keadaan bayi yang masih kecil menyebabkan doktor men4ngguhkan rawatan sehinggalah anaknya itu mencapai berat badan sesuai.

“Hernia ni ada dua jenis, satu di pusat dan satu di kem4luan. Macam anak saya terkena pada kem4luan. Pada mulanya hanya benjolan pada bawah perut.

“Saya terus membawanya ke hspital dan pada waktu itu doktor masih tidak boleh melakukan sebarang rawatan kerana dia masih terlalu kecil.

“Jadi rawatan itu ditangguhkan sampailah target umur dan berat badannya sekurangnya cecah 3.5 kilogram,” ujarnya.

Orang tua-tua pun ada cakap sepatutnya lepas bersalin kita kena tuam kem4luannya.

Sementara itu, isteri kepada penyanyi Julfekar ini turut meluahkan rasa syukur kerana segala urusan pembedahan anaknya itu berjalan dengan lancar.

Meskipun perlu melalui penjagaan rapi, namun Min memberitahu keadaan anaknya kini stabil dan sedang melalui proses penyembuhan.

“Pada Selasa lalu anak saya dimasukkan ke wad untuk melihat tahap kesihatannya dan Alhamdulillah anak saya sihat untuk melakukan pembedahan.

“Pembed4han dilakukan pada Rabu dan syukur semuanya dipermudahkan. Cuma penjagaan selepas pembedahan berlainan kerana Firas merupakan bayi pramatang.

“Syukur keadaan Firas pun sudah stabil dan kini dia sedang dalam proses untuk sembuh,” katanya.

Pada 16 September tahun lalu, Min selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada pukul 7.49 malam.

Bayi yang dianggarkan berusia 30 minggu kehamilan itu dilahirkan dengan berat 800 gram secara pembedahan.

Kata Min, doktor terpaksa melakukan pembedahan bagi menyambut bayi berkenaan disebabkan dirinya mengalami tekanan dar4h tinggi.

Untuk rekod, Min dan Julfekar mendirikan rumah tangga pada 4 April 2014 dan ini merupakan cahaya mata pertama mereka.

Sumber:HM