Anak Pelak0n Adi Putra Muncul Baca Doa Buat Tetamu Sayu ,Kesan Zara Adelia Ada M4salah Pendengaran Sejak Usia 6 Bulan.

Kemuculan anak perempuan pelak0n Datuk Adi Putra iaitu Zara Adelia, 11, membaca doa ketika tayangan perdana filem Syaaban yang berlangsung pada malam Sabtu menyentuh hati tetamu yang hadir pada acara berkenaan.

Zara yang juga orang kurang upaya (OKU) b1su dan pek4k dilihat bersungguh-sungguh cuba membaca doa sehingga selesai sebelum memeluk erat bapanya.

Tidak ramai mengetahui keadaan kanak-kanak itu namun Adi atau Mohamed Hadi Putra Halim, 42, berkata, dia menyedari kelainan pada anak kesayangannya itu sejak Zara berusia enm bulan.

Adi berkata, dia merasakan ada sesuatu tid4k kena apabila Zara tidak terjaga daripada tidur meskipun ada bunyi bising di sekelilingnya.

Zara memeluk erat bapanya selepas selesai membaca doa.

“Ketika itu saya sedang tidur bersamanya dan tiba-tiba ada bunyi bising motosikal di luar rumah yang membuatkan saya terjaga tapi dia tetap tidur dengan lena.

“Saya bawa dia untuk bawa pemer1ksaan dan dari situ saya tahu dia istimewa,” katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut mengenai keadaan Zara, Adi memberitahu anaknya itu mengalami mas4lah pendengaran dan terp4ksa menggunakan bahasa isyarat untuk berk0munikasi.

Tidak hanya itu, alat b4ntuan pendengaran juga tidak dapat membantu Zara untuk mendengar dengan baik.

“Alhamdulillah saya tahu menggunakan bahasa isyarat untuk berk0munikasi dengannya. Kalau berada di luar pun kami boleh berbual menerusi panggilan video atau WhatsApp.

Ketika itu saya sedang tidur bersamanya dan tiba-tiba ada bunyi bising motosikal di luar rumah yang membuatkan saya terjaga tapi dia tetap tidur dengan lena.

“Kadang-kadang kalau tak guna bahasa isyarat pun dia tahu apa yang saya nak cakap kepadanya,” katanya.

Dalam pada itu, Adi berkata, dia dan Zara sangat akrab dan menyifatkan anak perempuannya itu seorang yang berdikari.

Meskipun ada kekurangan namun Zara seorang kanak-kanak yang patuh selain peka dengan keadaan sekelilingnya.

Adi menyifatkan Zara se0rang anak yang p4tuh dan pandai berdikari.

“Kami sangat rapat… dia seorang yang berdis1plin, berdikari dan teliti dalam pelbagai aspek kehidupan harian,” ujarnya.

Untuk rek0d, Adi dan isteri Datin Zuhaida Yusof mendirikan rumah tangga pada 2006 namun berpisah pada 2017 sebelum kembali bersama setahun kemudian.

Selain Zara, pasangan ini turut mempunyai se0rang lagi anak angkat iaitu Azzhara yang juga berusia 11 tahun.

Sementara itu, bercakap mengenai Syaaban, Adi berkata filem arahan pertamanya itu merupakan inspirasi daripada filem popular Ind0’nesia iaitu Ki4mat Sudah Dekat.

Adi bersama barisan pelak0n filem Syaaban.

Adi berkata, dia mengolah semula filem berkenaan sebanyak 30 peratus selain turut menampilkannya sebagai pelak0n utama.

“Syaaban adalah karya pertama saya yang saya hasilkan sebagai filem amal kerana dengan ikhlas ingin memb4ntu golongan yang memerlukan,” jelasnya.

Selain Adi, Syaaban turut dibarisi barisan pelak0n seperti Hasnul Rahmat, Akmal Khan, Adeep Nahar, Jobot dan Doktor Nadia.

Syaaban bakal menemui penonton di pawagam bermula 29 Jun 2023.

Sumber:mstar