Anak Kampung Dari Tuaran Kini Usahawan Berjaya , Vie Shantie Jalin MoU 3 Syarikat Gergasi Ch1na.

Vie Shantie Haroon sememangnya seorang wanita hebat dan wajar dijadikan inspirasi. Berusia 37 tahun kejayaan anak kelahiran Sabah ini bukan calang-calang kerana selain mengusahakan cabang bisnes muslimah VHijrah, dia juga usahawan arang batu yang berjaya menjalin kerjasama hingga ke luar negara.

Buat pertama kali pada Oktober tahun lalu Vie Shantie mendedahkan kepada umum mengenai perusahaan miliknya yang mendapat kontrak perdagangan arang batu di antara Malaysia, Indonesia, Singapura dan China selama 15 tahun.

Tak sampai setahun, satu lagi pencapaian membanggakan diraih wanita cantik ini apabila dia menandatangani perjanjian persefahaman dengan salah sebuah syarikat perlombongan dan pembinaan terbesar di dunia pada awal September lepas!

Berkongsi khabar gembira itu di media sosial, Vie mendedahkan, “Siapa sangka seorang yang hanya membesar di kampung Pulau Simpangan, Tuaran, 

Sabah hari ini menandatangani satu lagi perjanjian usahasama syarikat gergasi contractor and mining di antara terbesar di dunia.

Kalau tidak kerana Allah yang memberi rezeki dan menyampaikan semuanya sesuai pada masa yang telah DIA tetapkan, saya pun masih lagi terasa semua bagaikan mimpi di siang hari.

Inilah perjuangan yang telah saya cita-citakan dan kerjaya yang saya telah usahakan selama bertahun-tahun bermusafir di negara orang. Ini bukan hanya untuk company

kami semata, tetapi untuk membantu masyarakat setempat dan pertubuhan ekonomi di daerah, bandar dan negeri terlibat dalam struktur mining hasil dari kerjasama syarikat

kami dengan beberapa syarikat local di Indonesia, inshaAllah.”

Kehadiran Vie Shantie ke China baru-baru ini turut ditemani suami tercinta yang juga ahli politik serta rakan niaganya, Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan.

“Duduk berlatarbelakangkan ‘POWERCHINA sign‘ di belakang dan di sisi ada suami yang merupakan rakan business saya dalam perniagaan merupakan suatu rahmat yang luar

biasa dari Allah SWT dalam kehidupan ini.

Di suatu sisi, semua ini bukanlah suatu usaha yang senang dikerjakan. Langsung tidak mengharapkan sebarang pujian dari sesiapa melainkan hanya ingin kongsikan sesuatu

agar bisa menyuntik semangat anak muda agar selalu bekerja keras selagi hayat di kandung badan.

Syukur alhamdulillah semoga perjanjian hasil kerjasama Syarikat Powerchina, Indonesia, Malaysia dan Hong Kong ini dapat membantu pertumbuhan ekonomi dan sekaligus

mengurangkan pengangguran anak muda di daerah operation mining kami nanti.”

Bukan hanya satu MoU berjaya ditandatangani sebaliknya Vie Shantie meraih tiga perjanjian kerjasama dengan syarikat besar di China. “Hampir 10 hari kami di sini. Bukan hanya 1 tapi 3 Syarikat Gergasi 

China telah menandatangani perjanjian kerjasama bersama syarikat kami dalam sektor perkapalan dan perkilangan (Shipping & Glass Factory), perlombongan (Mining) dan pembelian (Buyer).

Khabarnya, Vie Shantie sudah pun terlibat dengan perusahaan ini sejak sedekad yang lalu. Vie Shantie berkahwin dengan Datuk S

“Duduk berlatarbelakangkan ‘POWERCHINA sign‘ di belakang dan di sisi ada suami yang merupakan rakan business saya dalam perniagaan merupakan suatu rahmat yang luar

biasa dari Allah SWT dalam kehidupan ini.

Di suatu sisi, semua ini bukanlah suatu usaha yang senang dikerjakan. Langsung tidak mengharapkan sebarang pujian dari sesiapa melainkan hanya ingin kongsikan sesuatu

agar bisa menyuntik semangat anak muda agar selalu bekerja keras selagi hayat di kandung badan.

Syukur alhamdulillah semoga perjanjian hasil kerjasama Syarikat Powerchina, Ind0 nesia, Malaysia dan Hong K0ng ini dapat membantu pertumbuhan ekonomi dan sekaligus

mengurangkan pengangguran anak muda di daerah operation mining kami nanti.”

Bukan hanya satu MoU berjaya ditandatangani sebaliknya Vie Shantie meraih tiga perjanjian kerjasama dengan syarikat besar di Ch1na. 

“Hampir 10 hari kami di sini. Bukan hanya 1 tapi 3 Syarikat Gergasi China telah menandatangani perjanjian kerjasama bersama syarikat kami dalam sektor perkapalan dan perkilangan (Shipping & Glass Factory), perlombongan (Mining) dan pembelian (Buyer).

Khabarnya, Vie Shantie sudah pun terlibat dengan perusahaan ini sejak sedekad yang lalu. Vie Shantie berkahwin dengan Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Vie Raissa.

Terdahulu, dia pernah berkahwin dengan Dato’ Sri Eizlan Yusof dan mempunyai tiga anak iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia.

Sumber:hm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *