Anak Gadis Sah Jadi Isteri Orang , Wardina Safiyyah Syukur Terima Menantu.
Siapa je yang tidak mengenali bekas pengacara dan pelakon, Wardina Safiyyah yang dahulunya terkenal dalam sitkom Spanar Jaya.
Wardina atau nama sebenarnya Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot itu kini bergelar psikologis bertauliah dan menetap di Brisbane selepas beliau berhijrah ke Australia pada 2014.
Dalam perkembangan terbaru, pelakon yang memegang watak Misha dalam Spanar Jaya itu telahpun menerima kehadiran menantu.
Tidak selalu mendedahkan kisah peribadi di laman sosi4l, Wardina mendoakan kesejahteraan buat anak, Amna Nafeesa dan menantu.
“Alhamdulillah segala puji bagi ALLAH. Seperti yang anda semua tahu, saya menghargai kehidupan peribadi dan suka menyimpannya.
“Bagaimanapun, saya ingin berkongsi berita gembira dan memohon semua mendoakan Amna dan anak (menantu) Yusuf yang tersayang.
“Semoga ALLAH merahmati penyatuan mereka dan melindungi. Saya benar-benar bersyukur kepada ALLAH atas segala kurniaan-NYA,” kongsi Wardina yang memuat naik foto Amna pada majlis akad nikah.
Wanita kacukan Australia dan Melayu itu menzahirkan kesyukuran menerima kehadiran menantu.
“Alhamdulillah. Semoga ALLAH merahmati dan melindungi mereka berdua.
“Masya-ALLAH tabarakallah, kami bersyukur ke hadrat ALLAH SWT dan bertawakal atas segalanya dan kurniaan-NYA.
“Hati saya tenang dan tenteram, Alhamdulillah.
“Dikurniakan keluarga besan yang baik, menantu, keluarga, kawan dan masyarakat sekeliling.
“Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati kita. antara ayat-ayat kegemaran saya dalam Al-Quran ialah – “Allah mengetahui apa yang ada dalam hatimu, sama ada kamu menyembunyikannya atau memberitahunya (kepada orang lain).”
“Ayat-ayat ini menjadi peringatan setiap kali saya membacanya.
“Alhamdullillah sesungguhnya segala nikmat dan kebaikan adalah daripada ALLAH.
“Keluarga, ahli baru dan rakan-rakan, apa lagi yang boleh saya katakan. Semoga ALLAH mengurniakan lebih daripada apa yang kita diberikan,” titip Wardina.
Memasuki fasa baru sebagai ibu mentua, wanita berusia 44 tahun itu menzahirkan doa buat permata hati sulung, Amna Nafeesa dan menantu.
“My darling Amna. Anakku Yusuf yang tersayang, kamu telah membawa banyak barakah ke dalam hidup kami dan orang-orang di sekeliling. Semoga ALLAH terus merahmati kamu dan keluarga.
“Jaga dan sayangi amna, dia kini di tangan dan dalam penjagaanmu. semoga allah mengurniakan kalian berdua kehidupan yang indah dengan sakinah, mawaddah dan rahmah,” titip Wardina.
Nekad berhijab di kemuncak populariti, penghijrahan Wardina pelopor kepada wanita bertudung untuk terus aktif dalam bidang seni.
Wardina berkahwin dengan arkitek, Ikhwan Johari pada September 2002 dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Amna Nafeesa, Azra Sareera dan Imran Arrazi.
Selain memiliki kelulusan dalam bidang psik0logi, bekas peserta Dewi Remaja 1997/98 ini juga menggenggam ijazah dalam bidang hiasan dalaman daripada Centre for Advance Design (CENFAD) Kuala Lumpur.
Sumber : Instagram ws_wardina_ws