‘Pak guard’ besarkan 6 anak buah yatim piatu, rela berk0rban demi besarkan mereka
Pengawal keselamatan jaga 6 anak buah yatim piatu dan tidak kisah berk0rban tenaga demi membesarkan mereka.
Che Hanapi Che Hassan, 44, sanggup berdepan pelbagai cabaran asalkan anak buahnya dan isteri tidak terabai.
Rezeki tak pernah kurang walau pelihara anak buah yatim piatu
Ujar bapa kepada tiga anak dari Kampung Padang Rumbia, Pekan ini, kehidupan dia bersama isteri, Kamilah Yaakob, 48, dan anak-anaknya bahagia serta ceria.
“Jika diikutkan dengan pendapatan RM1,500 sebulan tidak termasuk kerja lebih masa, ia seakan tidak cukup untuk menampung kehidupan kami sekeluarga.
“Tetapi saya percaya kepada rezeki Allah SWT dan Alhamdulillah, sejak menjaga mereka pada 2007 lagi, kehidupan kami sekeluarga okay.
“Dengan rezeki diterima ini, saya dan isteri dapat memberikan pendidikan kepada mereka dan syukur di atas ketentuan Allah,” katanya.
Anak buah yatim piatu dipelihara sejak berkahwin dengan isteri
Difahamkan, sewaktu awal perkahwinan sekitar tahun 2007, isterinya memang sudah menjaga tiga orang anak saudara yang kem4tian ibu bapa.
Kira-kira tahun 2011, pasangan berkenaan mengambil lagi tiga orang anak saudara yang sudah tidak mempunyai ibu bapa untuk sama-sama tinggal dengannya memandangkan enggan memisahkan mereka.
“Tiada apa yang lebih menggembirakan apabila melihat enam anak yatim piatu ini yang juga anak saudara isteri gembira dan tidak terpisah.
“Sebenarnya, jika ada yang mengambilnya, biarlah mereka kekal bersama dan bukannya hanya seorang yang menyebabkan hubungan mereka akan menjadi jauh.
“Saya tidak sanggup melihat mereka terpisah lalu menjaga mereka sehingga dewasa sedangkan mempunyai tiga anak berusia lapan hingga 16 tahun dan yang tinggal bersama kami ketika ini ialah tiga orang.
“Alhamdulillah, kami gembira seorang daripadanya sudah berkahwin dan kami kini mempunyai seorang cucu, manakala dua lagi sudah bekerja di Bentong, Pahang dan Klang, Selangor,” katanya.
Walau bagaimanapun, Che Hanapi yang tinggal di rumah asnaf Projek Rumah Bersepadu Kampung Padang Rumbia, Pekan
menyatakan dirinya cukup gembira apabila dapat melihat sendiri di depan mata anak-anak buahnya membesar dan sangat bersyukur dengan perkara itu.
Sumber: Omm