Anak-anak minat Hairul Azreen, siap berangan jadi anggota Malbatt! Bapa tak tunggu lama, terus DIY kereta kebal
FILEM Malbatt: Misi Bakara yang mengangkat kisah anggota Batalion Malaysia (Malbatt) menyelamatkan tentera Amer1ka Syarikat (AS) di S0malia, kira-kira 30 tahun lalu, bukan sahaja menarik minat golongan dewasa, malah kanak-kanak.
Setelah 11 hari tayangan, filem garapan sutradara Adrian Teh itu mencatatkan kutipan RM26 juta.
Sambutan luar biasa itu bukan sahaja dalam pawagam, malah terbawa-bawa hingga ada yang terbayangkan kereta perisai APC Condor milik tentera berada di depan mata.
Buktinya, seorang bapa sanggup mengerah tenaga dan kreativiti bagi menghasilkan replika sebuah APC Condor untuk anak-anak kesayangan.
Bapa berkenaan, Mohd Hasmizan Hashim memberitahu, dia membawa dua anak lelakinya, Muhammad Harith Hijazzi, 10, dan Muhammad Harraz Hanania, 8, menonton Malbatt: Misi Bakara kerana mereka berminat dengan filem ketenteraan.
Katanya, ia juga disebabkan minat mereka terhadap sal4h seorang pelakonnya, Hairul Azreen bermula sejak lakonannya dalam filem Paskal The Movie pada tahun 2018.
“Selepas tengok filem tu di pawagam, anak-anak sangat teruja. Memang gembira sangat dalam kereta sewaktu balik ke rumah.
“Mereka siap melakonkan semula watak-watak dalam filem tu. Kemudiannya mereka request untuk saya buat sesuatu berinspirasikan filem tu kerana
sebelum ini saya sering menghasilkan sendiri permainan untuk mereka,” kata bapa berusia 38 tahun itu kepada mStar.
Replika kereta perisai APC Condor menggunakan 80 peratus bahan-bahan terpakai.
Lebih dikenali sebagai Uncle Long di media sosi4l, dia menggunakan bahan-bahan terpakai seperti kotak dan rangka besi untuk menghasilkan replika APC Condor.
Menurutnya, dia mengambil masa kira-kira dua hari untuk menyiapkan replika tersebut dengan b4ntuan anak sulung dan keduanya itu.
“Saya guna kira-kira 80 peratus bahan-bahan terpakai. Kebetulan adik mereka berusia dua tahun ada kereta mainan besar kawalan jauh, jadi ia digunakan sebagai asas untuk menggerakkannya,” ujarnya yang berasal dari Baling, Kedah.
Uncle Long yang berkhidmat sebagai angg0ta tentera mengakui proses paling mencabar adalah ketika membentuk rangka replika tersebut bagi memastikan ia benar-benar kukuh.
“Tiada perancangan rapi, semuanya dilakukan secara spontan. Memandangkan saya bekerja pada waktu siang, jadi saya melakukannya bermula tengah malam hingga awal pagi,” katanya yang berpengalaman dalam ketent3raan selama lebih 15 tahun.
Bagi bapa kepada empat cahaya mata itu, kegembiraan anak-anak adalah kepuasannya apabila dapat menghasilkan setiap permainan mengikut idea dan kreativitinya sendiri.
“Sebagai bapa, saya suka anak-anak bangga apa yang ayah dia buat. Puas tengok anak-anak gembira, saya lagi seronok.
“Kebanyakan video saya menceritakan tentang kehidupan ibu bapa bersama anak-anak. Kepada ibu bapa lain, sokonglah minat anak-anak dan lakukan sesuatu yang boleh menggembirakan dan menghargai mereka,” tambahnya.
Sebagai bapa, saya suka anak-anak bangga apa yang ayah dia buat.
Siapa sangka video yang menunjukkan anak-anaknya itu bermain replika APC Condor, yang dimuat naik di TikT0k turut menarik perhatian Hairul Azreen sendiri.
“Terbaik habis,” puji Hairul Azreen di ruangan komen secara ringkas tetapi amat bermakna bagi dua kanak-kanak ini.
Uncle Long bersama isteri dan anak-anak.
Mengulas lanjut, kata Uncle Long, kedua-dua anaknya itu begitu teruja menerima komen daripada pelakon yang diminati mereka.
“Anak-anak tak berhenti bercakap betapa seronoknya mereka menerima komen daripada Hairul Azreen. Siap buat video call lagi ketika itu saya bertugas di luar kawasan iaitu di Kuala Lumpur,” katanya yang menetap di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Dalam keterujaan itu, bapa itu berkata kedua-dua anak lelakinya masih belum mengetahui mengenai pengumuman Hairul Azreen yang bakal bersara daripada dunia seni.
Terdahulu, mStar melaporkan bahawa filem Malbatt: Misi Bakara merupakan karya terakhir lakonan Hairul Azreen.
“Anak-anak memang suka tengok Hairul Azreen berlak0n, malah teringin nak berjumpa dengan pelakon itu depan-depan.
“Watak hero yang menjadi dibawakan Hairul Azreen membuatkan mereka ulang-ulang tengok. Sampai sekarang mereka tak tahu (Hairuz Azreen bakal bersara).
“Saya pun belum bersedia nak beritahu mereka. Kalau anak-anak tahu, saya rasa mereka boleh men4ngis sebab sedih tak dapat tengok lakonan Hairul Azreen lagi selepas ni,” katanya.
Sumber:mstar