Anak ajak bapa ziarah kubur, arwh datang dalam tidur “Abang rindu sangat kat ibu..”
Rasa rindu bersarang, seorang anak ajak bapa ziarah kubur arwh ibunya yang mninggal dunia akibat jngkitan kuman dalam d4rah selepas 35 hari ditidurkan di unit rawatan rapi (ICU) pada tahun 2023.
Perkongsian daripada bapa kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun itu di platform TikT0k telah menyentuh hati wrganet.
Menerusi hantaran tersebut, jelas memaparkan kanak-kanak lelaki yang masih memakai uniform sekolah sedang duduk berdoa di sisi pusara arwh ibunya.
Menurut si bapa dikenali Ahmad Yusri, anak lelakinya itu ajak pergi menziarahi pusara isteri selepas hadir dalam mimpi kanak-kanak itu.
“Abah cuti hari ni… abah pergi ambil abang ngah di sekolah. Lepas tu abang ngah ajak abah pergi dekat arwh ibu sekejap. Abang kata rindu kat ibu.
“Dia cakap semalam dia mimpi arwh ibu, dalam mimpi tu dia panggil ibu, ibu senyum je dekat dia. Lepas tu ibu keluar rumah, dia terus terjaga,” tulis Ahmad Yusri.
Menurut Ahmad Yusir, anak keduanya itu amat rapat dengan arwh isterinya.
Malah, anaknya turut berdepan dengan m4salah kemurungan selepas kehilangan ibu tercinta.
“Anak nombor dua memang manja sangat-sangat. Sebelum ni, abang ngah jadi anak bongsu tujuh tahun sebelum dapat adik Habib.
Memang dia manja dengan arwh ibu.
“Sampai umur abang ngah tujuh tahun pun arwah ibu panggil ‘adik’ lagi dekat dia. Sebab tu masa ibu mninggal, abang ngah terkesan paling teruk.
“Abang ngah sampai kemurungan masa tu. Sekarang abang ngah dah okey. Umur abang ngah dah sembilan tahun. Abang ngah dapat juga mimpi arwh ibu… abah ni sekali pun tak pernah lagi,” tulisnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata wrganet turut bersimpati dan mendoakan arwah ibu kepada kanak-kanak lelaki itu selain berharap dia kuat berdepan dengan ujian hidup.
Sumber: hm