Amir Raja Lawak Tutup Bisnes Air Balang Di Perak , Rehat Selepas Didakwa Curi Pelanggan Peniaga Lain.
Amir Raja Lawak dia mengakui em0sinya sedikit terganggu selepas kehadirannya untuk berniaga di Perak baru-baru ini kurang disenangi peniaga di kawasan berkenaan.
Gara-gara isu itu, Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 34, berkata dia memilih untuk tidak membuat jualan di negeri berkenaan dalam masa terdekat ini walaupun mendapat sambutan memberangsangkan.
“Sebenarnya ada la juga rasa down bila jadi macam tu tapi tak ada la teruk sangat, macam lebih kepada mengeluh kecil (alamak kenapa jadi macam ni).
“Saya datang kejap je kot tapi kenapa jadi macam ni cumanya selepas solat dan berdoa tu saya jadi tenang dan okay semula.
“Untuk pergi semula mungkin tidak rasanya untuk masa terdekat ini sebab saya dah pergi dua kali ke sana, kalau kerap ke sana nanti orang bosan pula jadi bagi orang rindu la nanti,” kata Amir
Sumber:Mstar , Hm