“Hati dah terluka..”Bapa Allahy4rham Along Spoon dah maafkan pesalah, tiada keinginan bersemuka

Bapa Allahy4rham Along Spoon dah maafkan pesalah yang telah membvnuh anaknya pada tahun 1999 lalu.

Bapa kepada penyanyi Allahy4rham Along Spoon iaitu Shafiee Mohd. Yusof berkata, pada awalnya dia tidak dapat menerima cara kem4tian anaknya.

Bapa Allahy4rham Along Spoon dah maafkan pesalah
Dia yang lebih mesra disapa Pak Engku bagaimanapun sudah lama memaafkan pembunvh anaknya selepas dapat menerima ketentuan-Nya.

“Saya sudah maafkan dia dari dulu lagi apa yang terjadi. Ini semua adalah ketentuan Allah. Pada awalnya saya rasa tidak boleh terima tetapi itu kesilapan saya.

“Selepas sekian lama saya cakap ‘Ya Allah, kaulah berkuasa dan aku terima segalanya’,”katanya.

Tak teringin jumpa pembunvh meskipun dah lama maafkan
Pak Engku juga memaklumkan dirinya tidak mempunyai keinginan untuk bertemu dengan si pelaku meskipun sudah lama memaafkan.

Dalam pada itu, bapa kepada Along ini memaklumkan dia menyerahkan segalanya kepada Allah SWT, selain menyatakan pelaku berkenaan tidak pernah datang meminta maaf.

“Saya tiada keinginan untuk berjumpa. Hati ini sudah terluka, itu dia punya hal. Tetapi kalau dia datang nak minta maaf, saya terima. Tiada masalah pada saya. Kalau saya sendiri nak jumpa dia, mungkin tidak payahlah.

“Setakat ini dia tiada datang minta maaf. Perasaan saya apabila pesalah sudah lepas tidak mengapa dia lepas di dunia tetapi esok di akhir4t menjawablah.

“Lagi pula, ajal m4ut ketentuan Allah. Kalau ikutkan saya sihat walafiat dan gagah perkasa, saya tunggu dia depan penjara,”katanya lagi.

Sumber: hm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *