Allahuakhbar Sebaknya Suami Hadir Sebagai Wakil , Ambil Ijazah Isteri Mninggal Dunia Lahirkan Anak.
Kehilangan orang yang tersayang pasti tidak terperi s4kitnya.
Begitulah kisahnya untuk lelaki ini apabila dia menghadiri majlis penamatan pengajian ijazah isterinya yang mninggal dunia selepas mel4hirkan cahaya mata mereka.
Dalam satu video tular di TikT0k, lelaki tersebut dilihat berjalan dengan berjuraian air mata tatkala dia menaiki pentas untuk mewakili isterinya.
Majlis penganugerahan sijil di Kolej Pelancongan Mataram, Ind0nesia itu pada mulanya disambut meriah, namun mula menjadi hiba apabila para hadirin menyedari akan kisah lelaki tersebut.
Pada mulanya, perakam video itu mempersoalkan mengapa lelaki yang berambut panjang berkenaan tidak mengenakan pakaian rasmi majlis seperti calon yang siswazah yang lain.
Dia hanya memakai baju kemeja-T lengan pendek selain membawa portret gambar seseorang dalam rangkulannya yang dipercayai adalah arwh isterinya.
“Awalnya saya bingung kenapa ada calon siswazah yang tidak mengenakan pakaian istiadat yang sepatutnya,” tulis perakam dalam kapsyen video.
Hanya selepas pengacara majlis memaklumkan tentang tujuan kehadiran lelaki tersebut, barulah orang ramai mengetahui tentang kehil4ngan isterinya.
Difahamkan, wanita berkenaan sempat menyempurnakan tesisnya dan menamatkan pengajian sebelum mninggal dunia.
Ketabahan lelaki itu membuatkan rata-rata warga maya kagum, bagaimana dia mampu mengumpul kekuatan walaupun selepas ditimpa tragedi yang sebegitu berat.
“Semoga dapat membesarkan anak dengan baik, dimurahkan rezeki dan mampu untuk hantar anak melanjutkan pengajiannya” kata seorang warga maya.
Sumber:Mstar