Allahuakhbar Niat Mahu Bantu Orang , 3 Muslimat PAS Mninggal Dunia Selepas Dirempuh.
Tiga muslimat PAS mninggal dunia selepas dirempuh di Kilometer 390 Lebuh Raya Utara-Selatan di Behrang, Perak pada Jumaat.
Kejadian berlaku ketika dalam perjalanan pulang daripada Muktamar PAS Pusat di Shah Alam.
Pada mulanya, ketiga-tiga mngsa keluar daripada kereta untuk membantu sebuah kereta lain yang terlibat dalam kemalangan.
Malangnya, mereka dirempuh daripada belakang oleh sebuah kereta berwarna putih sehingga mninggal dunia.
Mangsa yang terkorban ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Sungai Petani, Taibah Sulaiman; Ketua Ameerah Kawasan Sg. Petani, Nor Fatihah Nabilah Bukri dan PSU Dewan Muslimat PAS Kawasan Sungai Petani, Najihah Amzi.
Dua individu lagi terselamat kerana tidak keluar daripada kereta pada masa kejadian.
Sumber: hm