“Allah Tidak Pernah Abaikan Sesiapa” Doa Angeline Tan Untuk Dina Nazir Buat Ramai Sebak.

Kehadiran Angeline Tan yang baru sahaja bergelar isteri kepada pengarah dan pelakon, Sabri Yunus di konti Sinar FM dan bertemu dengan penyampai radio, Dina Nazir membuatkan ramai sebak.

Beri kata-kata semangat sambil berlinangan air mata

Angeline atau nama Islamnya Ardini Angeline Tan dilihat memeluk 

Dina sambil memberikan kata-kata semangat buat selebriti berkenaan berkaitan jodoh sehingga masing-masing berlinangan air mata.

Menerusi video yang dikongsi oleh media sosial Sinar FM, Angeline Tan telah menghampiri Dina sambil mengatakan bahawa Allah tidak pernah mengabaikan sesiapa sambil terus berpelukan.

“Saya doakan awak juga okey. Saya doakan yang terbaik buat awak, jodoh awak akan datang suatu masa nanti.

“Saya tak pernah sangka diusia 56 tahun, saya dapat semua ini.

“Terima kasih Allah untuk semua ini. Allah tak pernah abaikan sesiapa. itu yang saya fikirkan. Setiap hari adalah hari yang terbaik.

“Allah memberikan hari yang baik kepada kita setiap hari. InsyaAllah tak pernah ada hari yang tidak baik. Itu yang saya cakap dekat seseorang hari tersebut. InsyaAllah,” ujarnya.

Pertemuan mereka berlaku selepas resepsi yang diadakan buat pasangan pengantin baru Angeline dan juga Sabri di konti sebelah, Gegar FM.

Menerusi video yang dikongsikan, pasangan selebriti terbabit telah diraikan bersama kenalan rapat dan menerima kejutan daripada Datuk M. Nasir serta isteri, Datin Marlia Musa.

Untuk rekod, pelakon sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu telah selamat bergelar pasangan suami isteri pada 14 Oktober 2023 dan dinikahkan oleh Mufti Perlis, Dr Maza.

Ramai yang terkejut dengan perkahwinan mereka namun rata-rata begitu gembira melihat pasangan terbabit bersatu memandangkan masing-masing sudah saling mengenali.

Sumber: TikTok sinar_my, Ig gegar.my,OMM