“Allah Saja Yang Tahu Takutnya Saya”Anak Datuk Aliff Syukri Dikejarkan Ke Hspital.

Mal4ng tak berbau. Anak kepada pasangan usahawan berjaya, Datuk Sri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Sri Shahida terpaksa dikejarkan ke hspital semalam selepas satu kejadian yang tidak diduga.

Menurut perkongsian Datuk Aliff Syukri, anak kelimanya, Raudah terkena bucu tangga yang tajam sehingga mengalami pendar4han yang banyak.

“Doakan segalanya dipermudahkan. Nak dijadikan cerita ketika saya nak balik kerja saya memang suka rekod video sebab nak tengok moment anak-anak datang dan berlari memeluk saya balik kerja.

“Tapi jadi sebaliknya. Saya terkejut tengah-tengah rekod wife saya menjerit tengah masak. Isteri saya menjerit cakap Raudah punya kepala berlubang kena bucu tangga tajam dan dar4h memancut-mancut macam air paip,” katanya bercerita.

Menerusi video yang dikongsikan beliau, Raudah yang dipangku sepanjang perjalanan ke hspital itu menangis tanpa henti kerana kes4kitan.

Biarpun panik, namun Datuk Aliff berusaha memujuknya untuk tenang dengan kepala yang masih berbalut bagi menahan d4rah keluar.

Apapun kata Datuk Aliff lagi, dia bersyukur bila mana luka itu tidak terkena tulang kepala anaknya.

“Nasib baik tak kena mata. Masa tu lintang pukang saya lari. Saya dan isteri bawa ke hspital waktu tu Allah saja tahu betapa takutnya saya.

“Doktor cakap kulit kepala dan juga daging yang sudah kena dan hampir terkena dekat tulang kepala,” ujarnya lagi.

Semoga Raudah baik-baik sahaja dan cepat-cepat sembuh seperti sediakala.

Terdahulu, Datuk Aliff Syukri dan Datin Sri Shahida dikurniakan enam orang cahaya mata.

Sumber:HM