’10 Hari Kami 3 Beranak Tumbang’Hairul Azreen, Hanis Zalikha & Alisa Dijangkiti Influenza B

Hairul Azreen dan Hanis Zalikha serta anak perempuan mereka, Alisa Aisyah telah dijangkiti virus Influenza B baru-baru ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Hairul atau nama lengkapnya Hairul Azreen Idris, 35, berkongsi keadaan dia sekeluarga ketika menerima rawatan di sebuah hospital.

Difahamkan Hairul, Hanis dan anak bongsu mereka itu telah dijangkiti virus tersebut sejak 10 hari lalu.

10 hari kami tiga beranak tumbang sebab influenza.

Sementara itu, pada video tersebut kelihatan Alisa sedang diperiksa oleh doktor dan dia tidak menangis meskipun masih sakit.

Hairul kemudian menjenguk Hanis yang dilihat tidak berdaya dan hanya terbaring di atas katil.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan kesembuahan mereka sekeluarga.

Semoga Allah beri kesihatan yang baik dan dipermudahkan segalanya buat seluruh keluarga Hairul Azreen.

Allahu. Semoga semuanya cepat sembuh insya-Allah.

Semoga cepat sembuh Hairul sekeluarga. Alisa sangat berani.

Dalam pada itu, ada juga di antara warganet yang turut berkongsi pengalaman yang sama ketika dijangkiti virus tersebut.

Sumber: TikTok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *