Abang Viva & Aliff Syukri turun misi banjir, sama2 hantar bantuan mngsa bnjir di Terengganu

Abang Viva dan Dato’ Seri Aliff Syukri turun misi banjir bersama-sama dan menghantar bantuan ke mngsa-mngsa bencana alam terbabit di Terengganu.

Menerusi hantara usahawan terkenal berkenaan di Instagram, Aliff Syukri menyatakan yang dirinya akan berada di Pantai Timur untuk misi banjir sekitar tiga hari dua malam bagi mengedarkan barangan keperluan buat mereka yang memerlukan.

Dalam perkongsian itu juga, dia berdoa supaya urusannya dipermudah sepanjang berada di sana serta berharap lebih ramai usahawan dan juga ahli politik datang memberikan bantuan segera buat mangsa-mangsa banjir.

“Saya harapkan lebih ramai usahawan atau ahli politik yang lain untuk turun bantu meringankan beban mereka yang terkesan dalam pada masa sama memberikan keceriaan kepada mereka yang sedang berduka,” tulisnya.

Abang Viva & Aliff Syukri turun misi banjir, bawa isteri masing-masing
Abang Viva dan Aliff Syukri dilihat turut membawa isteri mereka

sekali bagi menjalani misi berkenaan dengan menaiki bot meredah banjir ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang ada di daerah berkenaan.

Abang Viva sudah ada di Pantai Timur sejak beberapa hari lalu
Sebelum ini, menerusi perkongsian yang dibuat isteri Abang Viva, Evanoza di Fb, mereka telah ke Kelantan terlebih dahulu bagi misi banjir berkenaan dan kemudian bergerak ke Terengganu pula.

Susulan daripada perkongsian dari Abang Viva dan Aliff Syukri, rata-rata netizen telah mengucapkan terima kasih diatas bantuan yang diberikan kepada mngsa-mngsa banjir terutamanya di Pantai Timur.

Mereka juga mendoakan agar urusan Abang Viva serta usahawan itu dipermudah serta diberi rezeki yang berlipat kali ganda dengan apa yang dikeluarkan untuk membantu orang lain.

Sekadar info, negeri-negeri di Pantai Timur telah mengalami banjir yang agak teruk dan Kelantan menjadi kawasan yang paling terjejas ketika ini.

Difahamkan, musim tengkujuh yang datang kali ini mengakibatkan bajir besar dan lebih buruk dari kejadian sama pada 2014 lalu.

Sumber: hm